Sah, UIAM – Universiti Ini Ada Masalah!
Tulisan sahabat saya tempoh hari yang bertajuk “UIAM; Universiti Ini Ada Masalah”, mendapat tempat di beberapa media dan turut mendapat respon ramai pembaca dan blog.
Tulisan yang dimaksudkan boleh dibaca di http://pemudagombak.com/v1/uiam-universiti-ini-ada-masalah/, yang turut dipetik oleh blogger-blogger pro-BN serta pro-PR.
Paling menarik, antara blog pro-BN yang membuat ulasan mengatakan Pemuda PAS menghina UIAM dengan pada peranggan yang tertulis;http://mynewshub.my/2013/03/05/pas-hina-uiam-universiti-ini-ada-macai/.
Yang lucunya, daripada sepanjang-panjang artikel berkenaan, yang menjadi kemarahan merek ialah pada perenggan terakhir yang terdapat perkataan “macai”.
Perenggan yang dimaksudkan ialah ;
“Kini, 2013 dengan rektor baru yang bertugas sejak 10 Ogos 2011, Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha bt Kamarudin membawa UIAM jauh ke belakang nampaknya.
Teringat kata-kata seorang rakan ketika penulis di UIAM dahulu “Universiti Ini Ada Masalah”.
Itu dulu, untuk tahun 2000, tapi kini tahun 2013 mungkin lebih sesuai “Universiti Ini Ada Macai”.
Bagi saya, selaku bekas pelajar di sana turut mengakui kewujudan “macai” di sana berikutan pembatalan program-program anjuran mahasiswa. Kesemuanya adalah program-program wacana intelak yang membuka minda dan pemikiran mahasiswa.
Lebih menghairankan, program-program hiburan tidak pula dibatalkan penganjurannya.
Àpapun, tahniah kepada MPP UIAM yang tidak tunduk kepada pentadbir UIAM tersebut dengan tetap berkeras mengadakan program tersebut sekalipun mendapat tentangan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau STADD.
Ia akan diadakan di Dewan Beringin, Sri Gombak pada 13 Mac 2013 dengan tajuk yang sama “FORUM PRU 13 : HARAPAN MALAYSIA”. Program ini diteruskan oleh MPP UIAM dengan kerjasama Ikatan Profesional Muda Malaysia atau iPrisma yang dianggotai oleh alumni pelajar-pelajar UIAM.
Rupa-rupanya ia tidak tamat di situ, ada hal lain yang lebih mengejutkan.
Yang terkini, pentadbiran UIAM membuat tayangan filem kontraversi “Tanda Putera” pada 9 Mac. Rujuk tulisan di http://www.malaysiakini.com/news/223383
Filem kontroversi ini yang masih belum ditayangkan di panggung-panggung wayang tanah air, tetapi sudah pun ditayangkan secara ekslusif di UIAM.
Ia dilaporkan anjuran bersama Kelab Wawasan UIAM yang juga merupakan persatuan mahasiswa pro-Umno / BN.
Wah, ini satu lagi berita yang mengesahkan bahawa UIAM – Universiti Ini Ada Macai!
Dari segi penganjuran, ia tiada masalah kerana sebagai mahasiswa mereka tentu bijak membuat penilaian terhadap apa yang disuap kepada mereka.
Yang menyedihkan ialah, program rasmi anjuran MPP UIAM dibatalkan saat-saat akhir sehingga terpaksa memilih lokasi di luar UIAM tapi program anjuran Kelab Wawasan yang pro-BN/Umno boleh pula diadakan sekalipun program tersebut menayangkan filem yang kontraversi.
Sah, Universiti Ini Ada Macai!
Ditulis oleh,
Md Noor,
Ketua Pemuda PAS Gombak Setia,
Mantan pelajar UIAM 1999-2002
1 Comment
JMohamed Noor Othman
11/03/2013
Dalam gomen pun ada pecacai.
Program executive talk tajuk lain, topik lain. Dibawanya pecacai dari BTN suruh kita orang nyanyi”anak kecil main api”. Dibawanya bekas tentera berpangkat top 5 bersama bekas setiausaha politik mengapikan semangat.Dengan kata-kata pecacai jika BN kalah negara huru-hara. Diburuknya Anuar Ibrahim dari pagi hingga petang. Kehadiran wajib kedatangan diambil. Dewan ditutup, nak keluar ke tandas pun ada pecacai kat luar tanya..nak pergi mana. Aku jawab nak pergi beraaak, sakit perut.
Penjawat awam pun nak dibodoh lembukan.