Dewan Pemuda PAS Gombak atau ringkasnya DPPG merupakan salah satu sayap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Gombak, Selangor Darul Ehsan.

Kawasan Gombak ditubuhkan pada tahun 1995 selepas persempadanan semula Kawasan Pilihanraya diantara Kawasan Ampang dan Selayang. Selepas persempadanan semula dibahagikan kepada 3 kawasan iaitu : Ampang Jaya, Gombak, dan Selayang.

Pada 15 Julai 1995, secara rasminya pandaftaran Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan No. Pendaftaran PPM/SEL 26/52-4628.

Kini, pada tahun 2017, lebih 2 dekad Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak berada dalam denyut nadi masyarakat untuk menyumbang bakti dan menyemai budi.

2 Comments
  • bagindoali
    Jbagindoali

    31/05/2010

    Sekitar Demo di masjid ameniah….

  • Yasir Tamizi
    JYasir Tamizi

    02/01/2011

    Siapakah yg boleh dirujuk berkaitan aktiviti2 Pemuda dan pertanyaan ttg keahlian?

Comments are closed.