Saman Pil Kuda : Pemuda PAS Gombak Pertahankan Presiden

ust syarhan humaiziSekali lagi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diserang oleh rakan PR tanpa pembelaan oleh pimpinan dan ahli.

Saya menunggu-nunggu respon daripada pimpinan PAS Pusat serta seluruh ahli berhubung tindakan saman yang cuba di buat oleh rakan PR terhadap Tuan Guru Presiden PAS yg diumum untuk dilakukan menjelang PRK Kuala Besut baru-baru ni sepertimana yang di lapor oleh media.

Tidak kira sama ada dia menarik balik atau tidak, ternyata pengumuman saman di saat-saat getir PRK memberi modal kepada Umno BN dan menjejaskan hubungan sesama PR.

Saya ternanti-nanti dan menunggu respon daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS, namun setakat ini belum ada.

Saya juga menunggu kenyataan pimpinan PAS yg selalunya lantang dalam mempertahankan PR dan menentang sebarang usaha yang menjejaskan PR untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pengumuman saman tersebut kerana ia jelas menjejaskan PR dan menguntungkan Umno BN.

Jika dilihat pada isu yang dibangkitkan ternyata Tuan Guru Presiden tidak menyebutkan nama mana-mana individu. Sebaliknya mengulangi prinsip yang perlu dipelihara agar ahli-ahli Pas bekerja dalam suasana yang baik juga bagi memenangkan calon yang tidak bermasalah. Cuba selami hati ahli-ahli Pas yang bertungkus lumus berkerja tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran akan tetapi diletakkan individu yang bermasalah. Di sinilah saya melihat Tuan Guru Presiden terpaksa mengambil tindakan tidak popular untuk bertegas agar keharmonian dalam melaksanakan tugas ini dapat di capai.

Saya amat yakin pimpinanan tertinggi PAS banyak kali mengulangi prinsip dan akhlak yang ada dalam PAS yang perlu di rai oleh rakan PR. Begitulah sebaliknya.

Saya yakin pimpinan dan ahli amat memahami prinsip yang ada dalam PAS yang memungkinkan sesuatu keputusan itu di buat. Kita ada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pas Pusat yang senantiasa memantau perjalanan parti. Paling kurang Pas ada dua tapisan yang perlu di buat berbanding dengan organisasi lain yang hanya ada Ajk Pusatnya dan silap-silap keputusan sesuatu perkara hanya diputus oleh peribadi tertentu.

Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Gombak menyeru agar pimpinan dan ahli agar sama-sama kita memahami bagaimana kewajipan kita memelihara prinsip parti disamping keutuhan jalinan perjuangan suci ini yang dipimpin oleh para ulama.

Begitu juga saya ulangi seperti kenyataan saya sebelum ini bahawa Pemuda Pas mengisytiharkan akan mempertahankan Presiden kami dalam apa sahaja bentuk cubaan yang menggugat selagimana ianya tidak bercanggah dengan prinsip dan syariat.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

Bertarikh : 25 Julai 2013

0 Comments

Leave A Comment