Rasul Dahari sebagai ahli syura UMNO

484629_10152765346195594_1172140500_n

Beritahu kami apa maksud neutral !

Semua org yg prihatin menasihatkan supaya para ustaz bersikap neutral, kami ingin bertanya, apa maksud neutral ?

Adakah neutral bermaksud berdiam diri …
Membiarkan fitnah berleluasa, maruah sesama Islam dibuka, disebarkan diaibkan??

Apakah kalian maksudkan neutral itu tidak mnyatakan pilihan walaupun Al Quran mengingatkan supaya golongan alim ini menjalankan tgjwb al amr bilmakruf wan nahyi anil munkar..bahkan Bani Israel dulu pernah dilaknat bila enggan turut serta memainkan tgjwb ini…

Apakah neutral bermaksud kami belum menasihati para pemimpin yg ada pada hari ini ?

Saya ingin menegaskan bahawa amat payah bertemu dgn para pemimpin samada memohon utk berjumpa bagi tujuan memberi nasihat itu sangat susah apatah lagi mereka datang untuk mendengar nasihat para ulama pun amat sukar..

Kecualilah negeri seperti Kelantan, Selangor, Kedah, Perak & Penang para ahli politiknya kadang kala termasuk menteri besarnya pun sanggup mendengar kulia ustaz yang lebih muda ( pengalaman pribadi saya)

Tapi negeri lain, usahkan mb nya, adun pun sibuk je memanjang, nak jumpa payah…

Mungkin ahli agama yg ada di kalangan mereka da memainkan peranan ( baik sangka ) Atau mungkin para ustaz yg lain selain saya diterima baik oleh ahli2 politik ini..

Tapi selepas bertanya para sahabat di kalangan pendakwah terkemuka, dlm siri2 usrah kami…pun mereka berkata tiada ahli politik mendampingi mereka kecuali amat sedikit yg ‘terpaksa’ ditemui utk dapat sokongan selepas mendapati ahli2 agama keliling mereka kurang berperanan..

Apapun tak perlulah nak memberi amaran pada kami sebab rezki dlm ketentuan Allah swt..

Ustaz Zahazan Mohamed

This entry was posted in Berita Panas. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *