Ucapan Tahniah Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) kepada DPPM dan DPPNS dalam PRU-13

Kenyataan Media
Ucapan Tahniah Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) kepada
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS)

Dengan kemenangan yang sangat cemerlang wakil Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) dalam pilihanraya Ke-13 baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak mengucapkan tahniah kepada YB Ustaz Nasruddin bin Hassan At-Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang telah berjaya mengalahkan Datuk Saifuddin Abdullah (Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) di Temerloh dengan majoriti undi 1070. Ini merupakan antara kerusi panas yang menjadi tumpuan untuk PRU kali ini.

Turut menjadi perhatian adalah YB Ustaz Nik Abduh Nik Abd. Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia yang telah berjaya mengalahkan Dato’ Ibrahim Ali yang disokong Mahthir di Parlimen Pasir Mas dengan majoriti 8,047 undi.

Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS), YB Ustaz Hasbullah Ridzwan yang memenangi kerusi DUN Gombak Setia mengalahkan calon dari BN, Dato Said Anuar dengan majoriti 1681.

Ini menunjukkan orang ramai sudah memberikan kepercayaan yang baik kepada calon-calon pemuda yang telah memberikan saingan sengit dalam PRU-13 kali ini.

Melihat kepada saluran pengundi muda pada saluran 4, 5, 6 dan 7 yang telah menyumbang kemenangan besar serta membantu menampung kemenangan pada saluran yang kalah, jelas anak muda menerima dan cakna pada perjuangan pemuda PAS untuk memimpin kebangkitan anak muda.

Ucapan takziah turut dihulurkan kepada kepimpinan pemuda yang muda kerana dengan kemenangan ini telah menambah beban amanah yang perlu dilunaskan.

Nabi SAW pernah menyebutkan kepada para sahabatnya tentang perkara ini antaranya hadis nabi SAW yang masyhur kepada Abu Dzar Al-Qifari. Nabi menyebutkan bahawa jawatan atau kepimpinan itu bukan satu kemuliaan tetapi merupakan satu taklifan dan ia adalah amanah dan amanah jika tidak dilaksana akan menjadi penghinaan dan penyesalan pada hari akhirat. Justeru laksanakan amanah ini sebaik mungkin.

InsyaAllah seluruh pemuda PAS akan bersama-sama menggembeleng tenaga membantu mengurus amanah ini dengan jayanya.dengan ucapan yang pernah diucapkan oleh nabi; kami petugas pemuda melafazknya kembali ‘Siru a’la barakatillah. Allahu Akbar!

Syarhan Humaizi Halim,
Ketua Pemuda PAS kawasan Gombak

ustaz syarhan humaizi

0 Comments

Leave A Comment