Obama Berdolak-dalik Berhubung Sumpah Laknat

Obama Berdolak-dalik Berhubung Sumpah Laknat

13 Mei 2011 – Presiden Amerika, Barrack Obama hari ini dilihat berdolak-dalik berhubung desas desus yang mengatakan bahawa beliau akan mengadakan sumpah laknat berhubung pengesahan kematian Osama.

Khabar-khabar angin berhubung sumpah laknat tersebut tersebar selepas pendedahan berita bertajuk GEMPAR – Selepas Gambar dan Video, Obama Akan Adakan Sumpah Laknat di sebuah portal www.PemudaGombak.com.

“Tidak, saya tidak akan lakukannya”, nafi  Obama berkali-kali apabila disoal bertalu-talu oleh para wartawan berhunung isu panas tersebut dalam sidang media tergempar yang dilakukan di Rumah Putih.

Dalam pada itu juga beliau tidak menolak kemungkinan akan menganjurkan satu majlis penerangan untuk menjelaskan isu-isu yang melingkari Rumah Putih ekoran kematian Osama tempoh hari.

Dalam sidang media berkenaan juga, beliau merancang untuk mengisytiharkan bahawa apa yang belaku bukanlah satu sandiwara Amerika untuk menunjukkan.

Namun pertengahan sidang media tersebut, Obama membayangkan yang beliau mungkin akan mengadakan sumpah laknat sekiranya terdesak.

“Ya, mungkin ia akan diadakan sekiranya masyarakat dunia tidak mempercayainya”, kata Obama dengan nada sayu dengan linangan air mata yang membasahi pipi.

Beliau juga katanya, sanggup bersumpah bersama-sama beberapa menteri kanan Amerikan untuk membuktikan dakwaan kata-kata

“Saya sanggup untuk mengadakan di mana sahaja termasuk di hadapan Statue of Liberty”, kata Obama dengan tegas sambil menghentakkan kaki.

Beliau juga tidak menolak untuk menyiarkan majlis tersebut secara lansung di Hollywood.

Di akhir sidang media, beliau mencabar Osama untuk membuat sumpah laknat bersama-samanya bagi membuktikan kebenaran masing-masin.

“Saya cabar Osama”, katanya sambil menunjukkan jari telunjuknya.

1 Comment
  • tharieq
    Jtharieq

    11/07/2011

    org kafir boleh sumpah laknat ke?

    Reply

Leave A Comment