QURBAN: KERANA ALLAH UNTUK UMMAH

Gombak – Setiap tanggal 10 zulhijjah, seluruh umat Islam di dunia akan menyambut hari raya Idul Adha. Pada hari tersebut umat Islam di sunnatkan untuk berqurban dimana mereka menyembelih haiwan ternakkan qurban dan kemudian di bahagi-bahagikan kepada umat Islam di suatu daerah. Naib Pengerusi NGO Syabab Care, Ustaz Mohd Taufiq bin Mohammad Yusof berkata erti qurban dengan menyembelih haiwan ternakkan (satu ibadah) tujuannya adalah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..

Kisah atau sejarah qurban bermula dari peristiwa Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat wahyu dari Allah s.w.t. melalui mimpi yang memerintahkan nya untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Dengan ujian demi ujian yang dihadapi oleh baginda Nabi Ibrahim a.s. amat wajarlah untuk kita sebagai umat Islam mengambil pengajaran di antaranya ialah di mana Nabi Ibrahim a.s. tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t untuk berkorban dengan mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.. Dan apa yang kita sudah maklum, akhirnya disebabkan ketaatan dan kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya maka Allah s.w.t. mengantikan anaknya Nabi Ismail a.s. dengan qibas untuk menyempurnakan ibadah qurban tersebut.

Islam merupakan agama ijtima’Ie iaitu agama yang bermasyarakat. Sebab itu kita di ajar oleh agama supaya tidak mementingkan diri sendiri dan juga amat mengalakkan untuk memikir hal ehwal orang lain khususnya golongan fakir miskin. Pengalaman Ustaz Mohd Taufiq di dalam satu misi Syabab Care iaitu korban di Sudan memberi satu suatu perkara yang cukup-cukup menyentuh hati dan perasaan kita dan memang di sana mereka mengharapkan kita datang ke sana dan sewaktu musim qurban inilah mereka dapat merasa daging qurban sekali dalam setahun. Menurut Ustaz Mohd Taufiq lagi, amat lah penting semasa pengagihan daging qurban ini dan perlulah diberi perhatian yang serius supaya golongan fakir miskin dapat menikmati dan merasa daging qurban.

Untuk maklumat lanjut boleh lah melayari facebook rasmi syababcare atau segala sumbangan boleh lah di salurkan di akaun bank Maybank – 5647 9911 9032 (Kelab Belia Amal Gombak – syabab care)

  

This entry was posted in Aktiviti, Album, Belia, Dakwah, DPPG, Pemuda, Program. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *