Fokus Feb – DPPNS (Engagement)

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). [Surat Al-Ma’idah 2]

Atas asas ayat di atas serta saranan dari YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS, maka pada bulan Februari 2016 ini seluruh Dewan Pemuda PAS Kawasan di Selangor di minta untuk mengadakan serta mewujudkan permulaan jaringan hubungan kerjasama ataupun “engagement”.

Jaringan hubungan ini antara lain adalah untuk memasyarakatkan Pemuda PAS bersama dengan rakyat yang ada di bawah. Jaringan hubungan kerjasama ini boleh di buat dengan beberapa kumpulan masyarakat :

i. Al Malak Muda

Iaitu dikalangan individu perseorangan dikalangan anak muda yang berpengaruh serta disegani

ii. Kumpulan-Kumpulan Belia

Iaitu dikalangan kumpulan belia yang menaungi pelbagai entiti keterlibatan golongan belia seperti kelab sukan, seni silat, permotoran dan lain-lain

iii. Agensi Kerajaan Dan Swasta

Iaitu dua agensi yang boleh melibatkan anak muda dengan tujuan manfaat atau kemudahan mereka

Justeru penglibatan Pemuda PAS dalam segmen masyarakat ini dapat lagi menggerakkan secara maksimum ruang serta tanggugjawab dakwah, tarbiyah dan siyasah yang merupakan agenda perjuangan PAS dalam masyarakat hari ini.

Pengukuhan jaringan hubungan kerjasama daripada Pemuda PAS dan keseluruhan segmen anak muda ini mampu memberikan kebaikan terutama kepada Agama dan Negara.

Dewan Pemuda PAS Selangor amat mengharapkan pengembelengan peranan Dewan Pemuda PAS peringkat kawasan serta keterbukaan golongan belia ini dapat menatijahkan sesuatu yang baik demi masa depan negara.

 

Syarhan Humaizi Halim

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

1 Februari 2016 | 27 Rabiul Akhir 1437H

0 Comments

Leave A Comment