Tahniah Ahli Majlis Pemuda Selangor

1. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada beberapa pimpinan pemuda di peringkat negeri dan kawasan yang telah ditaklifkan sebagai Ahli Majlis di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

2. Antara pimpinan pemuda yang telah dipilih iaitu :
1. Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda Selangor
2. Us Fauzan Madzlan
Ketua Pemuda Selayang
3. Sdr Imran Satiman
Ketua Pemuda Kota Raja
4. Sdr Jafarudin
Ketua Pemuda Tanjung Karang
5. Sdr Nizam Toha
Ketua Pemuda Kuala Langat
6. Sdr Mohd Azizul Abu Bakar
AJK Pemuda Gombak

3. Taklifan yang diberikan perlu dan mesti dilaksanakan demi kebaikan dan manfaat pada rakyat. Sebab itu Allah SWT memerintahkan supaya memberikan amanah kepada mereka yang layak.

(????? ??????? ???????????? ???? ????????? ????????????? ?????? ????????? ??????? ?????????? ?????? ???????? ???? ?????????? ??????????? ? ????? ??????? ???????? ?????????? ???? ? ????? ??????? ????? ???????? ????????)
[Surat An-Nisa’ 58]

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

4. Dewan Pemuda PAS Selangor seiiring dengan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu dan membela rakyat. Melalui wakil pemuda di peringkat PBT serta dengan ruang yang ada dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

5. Mudahan Allah SWT memberi kekuatan dalam melaksanakan tugasan dan hidayah kepada seluruh rakyat untuk istiqamah bersama Islam.

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
28 Januari 2016 | 18 Rabiul Akhir 1437H

0 Comments

Leave A Comment