Video lucah jutaan Ringgit, rakyat tidak lagi tertipu

12482_10152732957930594_68432397_n

Kalau kita perasan, video atau audio pornografi yang dipaparkan kononnya melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa diperbaiki mutunya dari semasa ke semasa.

Antara 1999 hingga 2008, mereka hanya bermodalkan beberapa audio rakaman perbualan telefon penuh pujuk rayu kononnya antara DSAI dengan pelacur dan pondan. Malangnya, rakyat Malaysia tidak percaya.

Pada tahun 2011, audio dinaiktaraf kepada video hitam putih kononnya DSAI bersama seorang pelacur dan Datuk Eskay. Malangnya rakyat tidak percaya kerana perut lelaki terlalu buncit manakala kualiti hitam putih sangat meragukan.

Kemudian pada tahun 2012, dikeluarkan pula gambar berwarna melibatkan seorang lelaki yang didakwa Azmin Ali dengan perempuan sedang melakukan aksi tidak senonoh di dalam tandas. Malangnya rakyat tetap juga tidak percaya.

Kemudian, untuk lebih menjijikkan watak DSAI, dikeluarkan pula gambar lelaki kononnya DSAI sedang melakukan aksi seks dengan lelaki pula. Malangnya rakyat masih tidak percaya kerana perut lelaki itu ramping manakala bidang dadanya lebih kecil, berbeza dengan versi dahulu.

Terbaru 2013, video berwarna dengan paparan suara kononnya melibatkan pemimpin PAS pula dikeluarkan.

Unit propaganda jijik yang menguruskan pembikinan video lucah sentiasa gigih memperbaharui hasil kerja mereka. Harapan mereka supaya rakyat percaya. Harapan mereka supaya hasil kerja mereka setimpal dengan jutaan Ringgit yang dibayar.

Malangnya, rakyat tidak bodoh.

Kamu boleh menipu rakyat selama 58 tahun, tetapi tidak untuk tahun yang ke 59.

sumber: Hasbie Muda.

0 Comments

Leave A Comment