Jika “sokong BERSIH adalah anti Islam”, maka “guna Facebook adalah anti-Islam”.
Jika “sokong BERSIH adalah anti Islam”, maka “guna Facebook adalah anti Islam”.
Ini adalah modal besar Umno dan dijaja oleh ulama-ulama mereka.
Modal mereka ialah, menyokong BERSIH, bermakna menyokong Ambiga yang menjadi Pengerusi BERSIH.
Menyokong Ambiga bermakna menyokong Interfaith Council (IFC) kerana Ambiga adlah salah seorang anggotanya.
Menyokong IFC bermakna kita menyokong tuntutan-tuntutan IFC yang mencabar aqidah umat Islam Malaysia antaranya ialah memudahkan orang Islam murtad dan anti-Islam
Maka, kesimpulan daripada formula di atas ialah menyokong BERSIH bermakna anti Islam. Semudah itu formua mereka yang dapat diringkaskan sebagaimana berikutl;
Premis 1#
[sokong BERSIH = sokong Ambiga]Premis 2#
[sokong Ambiga = sokong IFC]Premis 3#
[sokong IFC = anti Islam]Kesimpulan#
[sokong BERSIH = anti Islam]
Dengan menggunkan fomula matematik cerdik di atas, maka kita wajib menolah BERSIH bak kata para ulamak Umno.
Jika menggunakan formula di atas, maka kita boleh gunakan hal yang sama untuk para pengguna Facebook iaitu pengguna Facebook adalah penyokong Mark Zuckerberg yang mengasaskan Facebook.
Menyokong Mark Zuckerberg bermakna menyokong Yahudi kerana beliau adalah berbangsa Yahudi.
Menyokong Yahudi pula bermakna kita merelaka tindakan yahudi yang memusuhi Islam dan membantai umat Islam Palestin.
Kesimpulan formula berdasarkan teori ”menyokong BERSIH = anti-Islam” adalah ”mengguna FB bermakna memusuhi Islam” atau ringkasannya sebagaimana berikut;
Premis 1#
[mengguna FB = menyokong Mark Zuckerberg]Premis #2
[menyokong Mark Zuckerberg = menyokong Yahudi]Premis #3
[menyokong Yahudi = memusuhi Islam]Kesimpulan
[mengguna FB = memusuhi Islam]
Oh, mungkin inilah jadinya apabila PPSMI dijalankan….
4 Comments
Jzahid
12/07/2011
KO tak menjawap pun… yg ko bg perumpamaan saja.
Kalau laa Ambiga berjaya mengubah, pasti dia akan meminta tuntutan dlm IFC, IFC pula agenda BAR council.. Ko cari laa sendiri maklumatya yer bro.
nie link nyer
http://en.wikipedia.org/wiki/Ambiga_Sreenevasan
http://www.jais.gov.my/isuagama/ifc.php
http://www.malaysianinterfaithnetwork.net/?page=participants
yg lain tuh cari laa sendiri… jgn mengharap untuk dengar cerita saja… Ingat Ambiga pernah membawa kes LIna Joy. Iqra’ bebanyak yer bro
JMAMA
29/07/2011
Saya setuju benar pada En Zahid..perumpamaan yang nak dibuat amat jauh sekali.Apa yang penting sekarang Umat Islam mesti berpadu, bersatu dan bermuafakat..sudah lama kita bercakaran..carilah yang bersih dan titik persamaan yang ada..Musuh Islam sekarang akan cuba menghancurkan kita dari segenap penjuru hatta bekerjasama dengan Parti Islam sekalipun…
Jyamaha
26/02/2012
It?s very easy to find out any topic on web as compared to books, as I found this piece of writing at this site.
JTIBAI
19/03/2013
itu pasal,ini lah pemikiran puak pebangkang,mereka berpikir seperti macam ni,macam ni la pemikiran cara pakatan pebagkang berfikir,xmasuk akal,semoga gombak dimenagi oleh Bn!! amin!!!!!!!!!!!!!!!