SECEBIS KATA, SEJUTA RASA
“Saya nak hadir, hadirlah”……
Siapa sangka secebis kata ringkas yang terbit secara bersahaja daripada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini menyebabkan dunia politik negara gegak-gempita. Walaupun ia bukanlah dinyatakan sewaktu sesi kenyataan media rasmi, tetapi keluar spontan dari mulut Tuan Guru Presiden seraya diserbu oleh para wartawan yang amat ‘rindukan’ beliau.
Tersenyum melihat pihak yang ‘menggeletik’ bak cacing kepanasan apabila menerima respon beliau. Tidak kurang juga yang gembira kerana inilah peluang keemasan yang akan dimanfaatkan sebagai peluru untuk menyerang batang tubuh Tuan Guru Presiden.
Namun, bagi kami anggota dan pendokong PAS yang telah lama mengenali tokoh gerakan dakwah dan siasah ini, kenyataan spontan itu bukan terbit secara bersahaja tanpa berfikir. Namun, apa yang tersirat di dalamnya ialah betapa Tuan Guru Presiden bukanlah individu yang bertindak di bawah pengaruh dan tekanan dari mana-mana pihak. Tuan Guru Presiden ialah individu yang berprinsip dan akan bertindak berpaksikan lunas-lunas syara’ dan maslahah yang tepat, bukannya mengikut telunjuk sesiapa termasuklah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Sikap ini konsisten apabila kita perhatikan respon dan tindakan Tuan Guru Presiden dalam berhadapan dengan krisis Menteri Besar Selangor yang langsung tidak dipengaruhi oleh desakan dan asakan sesiapa. Di samping keadaan kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya dan jadualnya yang agak padat, kenyataan ringkas beliau itu sekali lagi memberikan isyarat yang jelas bahawa tiada elemen yang boleh mengganggu-gugat pendirian dan keputusannya.
Sebab itu, apabila ditanya kepada Mursyidul Am, YB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang desakan DAP supaya Tuan Guru Presiden hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, beliau memberikan reaksi terhadap desakan itu sebagai “kerja orang bodoh”.!! Sekian…
Ikhlas daripada,
Termizi Md Din
Ketua Penerangan,
Pemuda PAS Gombak
0 Comments