Pemuda Gombak Kesal Polis Tidak Beretika Ganggu Ceramah Dalam Premis

27 Jun 2011, Gombak – Pemuda PAS Gombak melahirkan rasa kesal atas tindakan pihak polis yang tidak beretika dan biadap mengganggu kelancaran majlis ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Gombak malam tadi.

Sikap biadap ini dilihat bermula sehari sebelum ceramah alagi apabila membuat sekatan jalan raya menuju ke tempat ceramah di Pusat Khidmat Adun Gombak Setia, Taman Berjaya.

Dalam kejadian malam tadi, kira-kira 50 orang polis yang lengkap berpakaian seragam mengelilingi Pejabat Pusat Khidmat Adun Gombak Setia menimbulkan suasana takut di kalangan orang tempatan yang menghadiri program ini.

Bermula dari siang hingga ke malam, beberapa sekatan jalan raya dibuat demi untuk menghalang orang ramai untuk ke program ceramah berkenaan.

Program Ceramah sempena Isra’ Mi’raj ini dijalankan bagi menggantikan Ceramah Pelancaran BERSIH yang dijadualkan berlansung di tapak pasar malam Greenwood, kira-kira  1 km dari Pejabat Adun Gombak Setia.

Pemuda PAS Gombak mengecam tindakan tidak bertanggung jawab pihak polis kerana polis sepatutnya menjalankan kerja-kerja mengawal jenayah yang semakin meningkat ketika ini, dan bukannya menghalang ceramah agama.

Kami juga kesal apabila kereta penceramah yang diundang, Ust Ridzuan Mohd Noor, diselongkar dan digeledah tanpa sebarang permit,  bagaikan seorang penjenayah.

Ini jelas polis menjadi perkakas pihak-pihak tertentu yang takutkan bayang-bayang sendiri menghadapi gelombang kebangkitan rakyat yang semakin memuncak.

Pemuda PAS Gombak menyeru seluruh rakyat Gombak untuk bangkit bersama-sama seleuruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk memBERSIHkan demokrasi di Malaysia.

Sehubungan itu juga, PAS Gombak akan melancarkan mobilasi BERSIH pada hari rabu ini, 29 Jun 2011 di Dewan Tertutup Kg Wira Damai, Gombak.

Program ceramah pada Rabu ini akan dijalankan di tempat tertutup dan tidak perlukan permit polis.

Moderator,

www.PemudaGombak.com

Tanpa waran, anjing polis berkeras mahu memasuki premis tertutup

anjing Polis mengelilingi tempat ceramah.

Kereta penceramah, Ustaz Ridhwan Md Noor digeledah tanpa waran

2 Comments
  • Sueg
    JSueg

    11/07/2011

    wah police so free ah, no need to catch real criminal izzit? What a bunch of Jokers!

    Reply
  • alitopan
    Jalitopan

    16/08/2011

    gelaran “anjing ” balik semula kepada org yg menggelar nya kerana sebagai rakyat Malaysia..kita patut sedar bahawa berceramah dan berhimpun di tempat awam akan mendatang kesusahan pada org lain…PAS boleh buat ceramah di tempat lain yg tidak melibatkan kesesakan lalu jalanraya…tidak parking kereta sesuka hati …tidak menggunakn pembesar suara membuat bsisng mcm “anjing menyalak”. Senerio ini telah lama berlaku ddlm masyarkat Malaysia dan tindakan polis menegakkan undang undang sentiada di harap oleh majoriti rakyat yg sukakan aman..damai dan jaminan keselamatan..

    Reply

Leave A Comment