Mat Sabu : Pengimbang Erdogan – Ulama

Mat Sabu : Pengimbang Erdogan – Ulama

Tahniah kepada Tuan Haji Mohammad bin Sabu atau lebih glamour dengan panggilan Mat Sabu atas kemenangan dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS untuk penggal menjelang PRU akan datang.

Tidak seperti golongan Erdogan yang selalu mempertikaikan kepimpinan ulama’, Mat Sabu dikenali sebagai pimpinan yang menyokong kepimpinan ulaman justeru kemenangan beliau bakal memantapkan lagi kepimpinan ulama PAS. Sejak dahulu dalam pidato-pidatonya, beliau selalu memuji-muji kepimpinan ulama dan menjadikan Iran dan Kelantan sebagai role-model kejayaan ulama memerintah.

Sebab itulah dalam pemilihan kali ini, Mat Sabu tidak sangat dikritik sebagai penentang ulama sebagaimana Husam dalam pemilihan 2 tahun lalu. Husam dan Erdogannya dikritik hebat lantaran sikap kumpulan ini yang dikatakan terlalu berkiblatkan Anwar dan bersikap sinis terhadap kepimpinan ulama.

Mat Sabu disenangi rakan-rakan PR dalam masa sama bukan seorang “Anwariyun” dalan PAS malah sejarahnya Mat Sabu terkenal sebagai penentang Anwar ketika Anwar di dalam Umno. Justeru, pemilihan beliau dilihat sebagai pengimbang pengaruh pro-Anwar dalam PAS a.k.a Erdogan yang menjenama diri mereka dengan jenama perubahan.

Kemaraan Erdogan juga dilihat dengan penentangan “kerajaan perpaduan” yang kemuncaknya mengsinonimkan beberapa pimpinas PAS dengan persepsi “pro-Umno” yang inginkan penggabungan PAS-Umno. Ust Nasharuddin menjadi mangsa persepsi ini dan akhirnya beliau gagal dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS tahun ini selepas beberapa penggal mempertahannya semenjak mengambil alih daripada Ust Hassan Shukri.

Lantas, kemenangan Mat Sabu dapat menyekat kononnya apa yang dikatakan sebagai “kerajaan perpaduan” sekaligus dapat memuaskan hati pro Erdogan.

Sebagai seorang aktivis veteran PAS, pemilihan beliau mampu melonjakkan PAS ke hadapan dan pastinya tugasan pertamanya adalah menghalau Umno dari Putrajaya!

5 Comments
  • tokbahau
    Jtokbahau

    05/06/2011

    AKu xpercaya lgsg ni hasil dari pemikiran DHPP Gombak..
    Erdogan engodan ni semua mainan musuh..

    Reply
  • Pemuda KOla Nerang
    JPemuda KOla Nerang

    05/06/2011

    Nak tanya pasai apa kita guna bahasa yang musush pakai untuk pecah belahkan perpaduan dalam PAS, Dirayu agar jangan guna bahasa lenggokan dan tarian musuh

    Reply
  • Pemuda KOla Nerang
    JPemuda KOla Nerang

    05/06/2011

    Tok Guru Pun Kata Takda Erdogan yang ada hanya satu team pas yang memperjuang islam, nak bagi sedap tajuk pun pilih la bahasa lain yang sesuai na

    Reply
  • alitopan
    Jalitopan

    09/06/2011

    Mat sabu @ sapu mmg pahlawan ceramah tak lebih dari itu.Setakat memanaskan hati dan kepala hotak juak juak PAS mengajak mengboo,,mencarut, menyindir dan mencarut mg boleh lah…kalo jasa pada rakyat…habuk pun tarak..Dia ni MAHARAJA LAWAK MALAYSIA ..
    Semuga dia dapat membersihkan dulu PAS dari cengkaman DSAI dan LIM KIT SIANG dan menyepak kepala tuan guru tuan guru penjilat sipeliwat dan yg memeluk tokeh Chauvanist badan berbau busuk kerana mentedarah daging babi si LIM KIT SIANG..
    Semuga dia masih meneruskan pendekatan al JUBURI nya kepada DSAI dan PR..kah kah kah

    Reply
  • ada aku kesah?
    Jada aku kesah?

    09/06/2011

    alitopan : moga Allah lebih dahulu memberi hidayah pada dirimu dan juga aku…serta orang2 yang impikan kemenangan Islam… 🙂

    Reply

Leave A Comment