GEMPAR – Selepas Gambar dan Video, Obama Akan Adakan Sumpah Laknat

GEMPAR – Selepas Gambar dan Video, Obama Akan Adakan Sumpah Laknat

Washington, 10 Mei 2011 – Selepas penguman kematian Osama yang diikuti dengan gambar dan terkini video gagal meyakinkan dunia, Obama dijangkan akan mengadakan sumpah laknat.

Sumber-sumber daripada Rumah Putih mengatakan, upacara sumpah laknat tersebut akan diberikan kerjasama sepenuhnya oleh Jabatan Anti-Terroris Washington (JAWI).

Dipercayai, keputusan untuk mengadakan sumpah laknat tersebut dipersetujui oleh Obama selepas beliau mendapat nasihat daripada APCO, begitu menurut hasil perisikan yang dijalankan oleh wartawan portal PemudaGombak.com.

APCO merupakan sebuah firma perundingan antarabangsa yang pernah memberi nasihat untuk menaikkan imej negara Israel dan sebuah negara di Asia Tenggara yang namanya dirahsiakan.

Menurur sumber yang ditemui PemudaGombak.com juga, sumpah laknat itu dilaksanakan berdasarkan kes yang pernah berlaku di sebuah negara yang dinasihati APCO yang berjaya meyakinkan rakyat negara tersebut.

”Kami yakin dengan cara ini masyarakat dunia tidak akan ragu-ragu lagi kerana Obama akan melafazkan ikrar tersebut sebanyak tiga kali”, kata sumber yang enggan didedahkan namanya itu.

Menurut sumber lain pula, sebelum sumpah laknat tersebut dilaksanakan Obama akan membuat sidang media untuk memaklumkan upacara majlis itu nanti yang akan disiarkan secara lansung.

”Obama juga akan mencabar Osama yang dikatakan meninggal dunia untuk bersumpah bersama-sama beliau bagi membuktikan kebenaran”, menurut sumber itu juga kepada PemudaGombak.com.

Kesahihan berita ini dibuktikan dengan sidang mensyarat tertinggi Apco pada Ahad lepas yang dikatakan diadakan secara tergempar untuk membincangka isu ini.

Dalam pada masa sama juga, Obama dikatakan bersungguh-sungguh menyediakan teks sumpah laknat yang dibantu oleh seorang Perdana Menteri dari sebuah negara di Asia yang pernah membuatnya sebanyak dua kali dalam isu di negara berkenaan.

Perdana Menteri yang dirahsiakan namanya itu dikatakan pernah melakukan perkara sama sebanyak dua kali  beberapa tahun lalu dan yang terkini pada beberapa minggu lalu.

Ia menguatkan lagi desas-desus perkara ini kerana Perdana Menteri tersebut pernah bersalam dengan Obama dalam satu sidang kemuncak dunia tahun lalu di Amerika Syarikat.

“Kami yakin, sumpah laknat ini akan membersihkan nama Obama menjelang pilihanraya Presiden akan datang kerana Perdana Menteri tersebut juga melakukannya ketika hampir pilihanraya negara tersebut”, kata sumber kepada PemudaGombak.com.

8 Comments
  • alitopan
    Jalitopan

    10/05/2011

    KU BERSYUKUR KERANA KETUA PENGGANAS NO SATU DI DUNIA DAH PUN DI BUNUH DI SAMPING AKU BERDOA AGAR ROHNYA DI AMPUNKAN TUHAN MESKIPUN KS NYA AMAT BERAT ..MUNGKIN DIA AKAN JADI HANTU KERANA ROHNYA TAK DAPAT MENCIUM TANAH …
    AKU JUGA BERHARAP AGAR BEBERAPA ORG KEPALA PENGGANAS DI MALAYSIA YG SELALU MENGAJAK DAN MENGHASUT RAKYAT SUAPAYA BERDEMIONTRASI DAN MENYUSAHHKAN ORG AWAM DAPAT DI TAMATKAN SELEPAS 16 MEI AKAN DATANG KERANA KEPALA PENGGANAS AKAN DI HUKUM BERNAFSU BINATANG SPT KAUM NABI LUTH YG JUGAK ADALAH BAPAK IBLIS MALAYSIA…

    Reply
  • Obama Berdolak-dalik Berhubung Sumpah Laknat « PemudaGombak.com

    […] angin berhubung sumpah laknat tersebut tersebar selepas pendedahan berita bertajuk GEMPAR – Selepas Gambar dan Video, Obama Akan Adakan Sumpah Laknat di sebuah portal […]

  • fuad
    Jfuad

    13/05/2011

    Ketua penganas bukan nya osama tapi obama, ehuk barak.syiah.org yg terlibat dengan freemanson..org buta hati jahiliah jer tak dapat menilai kuncu-kuncu dajjal nie..termasuk laa umno yg bernaung dibawah yahudi apco nie..

    Reply
  • alitopan
    Jalitopan

    14/05/2011

    Yg buta dan bodoh menilai kebenaran sahaja yg mahu berpeluk dan menjilat peliwat dan memeluk parti sosialis DAP.
    Setelah ko berrsusah payah berjuang sejak puluhan tahun nak kannegara Islam dan Huduh akhirnya Tuhan makbulkan jugak doa ko dgn menganugerahkan Peerdana Menteri Peliwat dan bertimbalan LKS ….
    Parti bodoh ko akan menangis dan meraung kerana dibodohkan ntah keberapa kali.
    Apa tak nya fitnah si peliwat yg cakap APCO ..ko ulang lagi lagi lagi.kerana ko dah kena sihir dan menjilat si peliwat ketua PR yg akan bakal menjadi PM ko…

    Reply
  • nameless
    Jnameless

    16/05/2011

    ”Obama juga akan mencabar Osama yang dikatakan meninggal dunia untuk bersumpah bersama-sama beliau bagi membuktikan kebenaran”,

    Reply
  • kukakiko
    Jkukakiko

    10/07/2011

    Beza kami dengan pengampu, pencacai, cyber troopers, FRU & SB adalah soal perbezaan jiwa.. Jiwa kami merdeka jiwa kami tidak dijajah. Mereka boleh tangkap fizikal dan penjarakan badan. Tetapi jiwa kami yang merdeka ini tidak sekali pun dapat dipenjarakan, apatah lagi diperbodohkan oleh propaganda kosong, penipu dan tidak berfakta…

    Itu lah beza kami.

    Ciri-ciri pencacai :

    1. Mengulang-ngulang isu agen asing di balik Bersih.

    2. Racist, dan menghina

    3. Kata-kata yang penuh nista

    4. Tidak berfakta dan tidak fokus pada isu dan point yang diberikan….

    5. Bertulangkan rasuah, berdagingkan duit, berkulitkan projek… Jangan main-main, setiap entry/mesej/akaun FB ada elaun!

    Kami ucapkan penuh simpati kerana jiwa anda masih dipenjara, dan minda masih tersogok dengan penipuan…

    Reply
  • jazz
    Jjazz

    11/07/2011

    oi alitopan…sedor lah sket…

    aku nk tanya ko lah…
    bila PETROL NAIK, ko suka x?
    bila TOL NAIK, ko suka x?
    bila BIL AIR & LETRIK NAIK, ko suka x?
    ‘nie suma utk KESELESAAN RAKYAT kn???’
    TERBAEKKKK…

    Reply
  • alitopan
    Jalitopan

    23/08/2011

    ALhamdulillah…setakat ni akau masih berasa aman dan selesa dgn harga barang …naik sikit sahaja dan aku berjimat mcm suruhan agama…
    Masa gaji bapa aku RM 300 dulu thn 60 dan 70 an aku ingat gula hanya seringgit utk 3 kati…selepas 30 thn harga gula naik perlahan lahan dan sesuai dgn gaji dan pendapatan aku laki bini yg puluhan kali ganda..dgn pendapatan org tua aku dulu.
    Tol naik dgn kadar yg masih mampu ..itu pasal h way masih sesak dgn kereta…lagi pun jalan lama masih ada utk org yg tak mampu mcm JAZZ..
    Bil perlu naik utk naikkan pendapatan syarikat dan naikkan gaji pekerja..kecuali gaji org mcm JAZZ yg nak gaji jumud…
    Yg pelik ko org kata barang naik tapi buang duit kat hpone,kat eksesori kereta..rokok dan jadikan isu barang naik utk membenci kerajaan..Ko suruh la kerajaan PAS kelantan dan PR di selangor dan kedah turunkan harga minyak dan harga barangan ..baru lah jadi negeri berkebajikan…
    JAZZ ko suka kan gaji ko tak naik ??

    Reply

Leave A Comment