Perlembagaan Malaysia Menjamin Maqasid Syariah?
Oleh: Zakaria Ismail
Bagaimana PM Malaysia boleh mengatakan bahawa perlembagaan sekarang sudah menjamin maqasid syariah? Perlaksanaan Hudud di Malaysia pula dikatakan tidak bertepatan dengan Maqasid syariah.
Maqasid syariah ada lima; menjaga AGAMA, NYAWA, AQAL, NASAB KETURUNAN DAN HARTA. Mari kita lihat sama ada benar-benar Perlembagaan Malaysia sudah menjamin kelima-limanya;
1. Menjaga Agama – jumlah murtad sampai beratus ribu mengikut SS Mufti Perak. Bukan setakat masuk kristian dan jadi free thinker, masuk hindu pun ada.. itu tak termasuk lagi orang yang tolak dan mempersendakan hudud dan ragu-ragu dengan keadilan undang-undang Allah. Sebelum merdeka pun tak adalah parah seperti ini!
2. Menjaga Nyawa – Nyawa Sarbaini hilang tak ada salah siapa-siapa… Sudahlah macam-macam jenis pembunuhan berlaku dalam negara kita. Ada bunuh dengan dibakar, bunuh dengan bom C4, bunuh anak dalam lubang tandas, bunuh dengan mengerat badan sampai berbelas-belas bahagian, bunuh ramai-ramai ala mafia dalam ladang.
3. Menjaga Aqal – Malaysia adalah negara pengguna alkohol yang ke sepuluh paling ramai di dunia mengikut statistik WHO dan negara kita adalah pengeluar arak untuk pasaran dalam dan luar negara. Terengganu pula merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus!
4. Menjaga nasab keturunan – Statistik Jabatan Pendaftaran Negara samapai 230 ribu anak luar nikah yang berdaftar tanpa bapa yang sah… Yang tak berdaftar atau daftar secara ‘mengelat’ entah berapa pula!
5. Menjaga Harta – Harta ada milik individu dan ada milik negara. Harta milik individu yang banyak hilang boleh diukur dengan kes pecah rumah yang berleluasa setiap hari, jumlah motosikal yang hilang apabila ditinggalkan sekejap saja dan bilangan ibu kunci sesebuah rumah biasa yang sampai mencecah 20 biji! Harta negara hilang diukur dengan rompakan berbillion royalti negeri Terengganu secara terang, skandal PKFZ yang berbilion, maggi berharga RM20 setiap satu dan Stadium runtuh yang sangat memalukan.
Setengah ulama’ menambah yang ke enam
6. Menjaga Maruah – Maruah DS Anwar Ibrahim diaibkan sedahsyat-sedahsyatnya selama 14 tahun di media perdana. Papagomo siap boleh tayangkan video tuduhan zina di laman web. Tak cukup tuduhan liwat, tambah tuduhan zina pula. Ada sesiapa kisah… Lepas ini entah maruah siapa pula akan terlondeh!
Betul ke dengan tidak melaksanakan hudud bermakna kita sebenarnya menjaga maqasid syariah?! Atau ia secara terang dan nyata menggunakan istilah agama untuk menidakkan syariah?!
*Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang, penulis tamu di blog PemudaGombak.com
0 Comments