Perlembagaan Malaysia Menjamin Maqasid Syariah?

September 30, 2011 No Comments

Oleh: Zakaria Ismail


Bagaimana PM Malaysia boleh mengatakan bahawa perlembagaan sekarang sudah menjamin maqasid syariah? Perlaksanaan Hudud di Malaysia pula dikatakan tidak bertepatan dengan Maqasid syariah.

Maqasid syariah ada lima; menjaga AGAMA, NYAWA, AQAL, NASAB KETURUNAN DAN HARTA. Mari kita lihat sama ada benar-benar Perlembagaan Malaysia sudah menjamin kelima-limanya;

1. Menjaga Agama – jumlah murtad sampai beratus ribu mengikut SS Mufti Perak. Bukan setakat masuk kristian dan jadi free thinker, masuk hindu pun ada.. itu tak termasuk lagi orang yang tolak dan mempersendakan hudud dan ragu-ragu dengan keadilan undang-undang Allah. Sebelum merdeka pun tak adalah parah seperti ini!

2. Menjaga Nyawa – Nyawa Sarbaini hilang tak ada salah siapa-siapa… Sudahlah macam-macam jenis pembunuhan berlaku dalam negara kita. Ada bunuh dengan dibakar, bunuh dengan bom C4, bunuh anak dalam lubang tandas, bunuh dengan mengerat badan sampai berbelas-belas bahagian, bunuh ramai-ramai ala mafia dalam ladang.

3. Menjaga Aqal – Malaysia adalah negara pengguna alkohol yang ke sepuluh paling ramai di dunia mengikut statistik WHO dan negara kita adalah pengeluar arak untuk pasaran dalam dan luar negara. Terengganu pula merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus!

4. Menjaga nasab keturunan – Statistik Jabatan Pendaftaran Negara samapai 230 ribu anak luar nikah yang berdaftar tanpa bapa yang sah… Yang tak berdaftar atau daftar secara ‘mengelat’ entah berapa pula!

5. Menjaga Harta – Harta ada milik individu dan ada milik negara. Harta milik individu yang banyak hilang boleh diukur dengan kes pecah rumah yang berleluasa setiap hari, jumlah motosikal yang hilang apabila ditinggalkan sekejap saja dan bilangan ibu kunci sesebuah rumah biasa yang sampai mencecah 20 biji! Harta negara hilang diukur dengan rompakan berbillion royalti negeri Terengganu secara terang, skandal PKFZ yang berbilion, maggi berharga RM20 setiap satu dan Stadium runtuh yang sangat memalukan.

Setengah ulama’ menambah yang ke enam

6. Menjaga Maruah – Maruah DS Anwar Ibrahim diaibkan sedahsyat-sedahsyatnya selama 14 tahun di media perdana. Papagomo siap boleh tayangkan video tuduhan zina di laman web. Tak cukup tuduhan liwat, tambah tuduhan zina pula. Ada sesiapa kisah… Lepas ini entah maruah siapa pula akan terlondeh!

Betul ke dengan tidak melaksanakan hudud bermakna kita sebenarnya menjaga maqasid syariah?! Atau ia secara terang dan nyata menggunakan istilah agama untuk menidakkan syariah?!

*Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang, penulis tamu di blog PemudaGombak.com

Fikrah, Isu Semasa, PAS, Penulis Tamu, Undang-undang

Leave a Reply

(required)

(required)


Roti – Iklan Raya PAS Gombak 2014

Sekali lagi, Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak telah berjaya menerbitkan filem pendek iklan Raya PAS Gombak 2014. Semoga iklan...

Jadual Perlawanan Bolasepak Piala Dunia (Waktu Malaysia) HD

Istimewa Buat Peminat Bolasepak Piala Dunia 2014. DACS GOMBAK mengeluarkan Jadual Perlawanan Bolasepak Piala Dunia – Brazil 2014 (Waktu...

Saman Pil Kuda : Pemuda PAS Gombak Pertahankan Presiden

Sekali lagi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diserang oleh rakan PR tanpa pembelaan oleh pimpinan dan...

Lebih 50 Pemuda Gombak Berkonvoi ke Kuala Besut

KUALA BESUT, 21 Julai – Lebih 50 orang pemuda PAS kawasan Gombak telah berkonvoi beramai-ramai ke Dun Kuala Besut...

Delegasi Petugas Pemuda PAS Gombak ke PRK Kuala Besut

  Kekosongan kerusi Dun N.01 Kuala Besut akan menyaksikan pilihanraya kecil akan diadakan pada 24 Julai 2013 nanti. Umum...

Mesir dan pencabulan demokrasi

Ketika artikel ini ditulis saya baru sahaja menjejakkan kaki di tanah air selepas 13 hari berada di tanah suci...

Pemuda Gombak sokong larangan minuman keras di tempat awam

Pemuda Gombak sokong larangan minuman keras di tempat awam GOMBAK, 4 Julai – Ramai yang terkejut tentang cadangan Adun...

Peringatan untuk Ketua AMK : Beradablah memberi teguran

Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk “AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13″,...

Pendirian Syura Parti Perlu Dihormati

Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat sudah mengeluarkan kenyataan bahawa PR tidak akan terlibat dengan sebarang usaha menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan....

Pemuda PAS Gombak rai petugas PRU-13 dengan cara tersendiri

GOMBAK, 20 MEI – Ketika sebahagian petugas meraikan petugas mereka dengan mengadakan jamuan dan makan-makan, Pemuda PAS Gombak cuba...