Pemuda PAS Gombak rai petugas PRU-13 dengan cara tersendiri
GOMBAK, 20 MEI – Ketika sebahagian petugas meraikan petugas mereka dengan mengadakan jamuan dan makan-makan, Pemuda PAS Gombak cuba membuat kelainan kepada ahli-ahlinya dengan membawa sebahagian pemudanya ke rehlah santai di Pantai Bagan Lalang, Sepang.
Rehlah yang memakan masa selama 2 hari itu turut dihadiri oleh ADUN Gombak Setia yang baru, YB Ustaz Hasbullah Ridzwan, YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir dan Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Halim.
Program selama 2 hari ini yang bertujuan untuk meraikan petugas-petugas pemuda PAS Gombak yang telah berkerja keras memerah keringat sepanjang pilihanraya ke-13 baru-baru ini.
YB Ustaz Hasbullah Ridzwan berkata, program itu secara tidak langsung dapat mengenali lebih rapat dan berukhwan sesama petugas-petugas pilihanraya. Ia juga dapat memberi peluang kepada pemuda meraikan kemenangan dengan cara bersantai di tepi pantai sambil merehatkan diri selepas hampir 3 minggu berkerja keras untuk memastikan kemenangan PAS di Gombak.
Pelbagai acara dan aktiviti menarik juga telah dirancang sepanjang 2 hari bermula 17 dan 18 Mei 2013 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, termasuklah aktiviti menangkap ikan pada waktu malam, tengah malam, pagi dan tengahari, BBQ, tazkirah, riadah bola sepak dan pelbagai aktiviti bebas yang lain.
Untuk melihat lebih banyak gambar, layari : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10152829397685594.1073741861.265133725593&type=3
0 Comments