Travelog Misi Bantuan Banjir AMAL Gombak

Dengan kekuatan 74 orang anggota dan 17 kenderaan, AMAL Gombak bergerak secara konvoi ke Kelantan tepat jam 12malam 9 Januari 2015.

Diketuai oleh Ustaz Syarhan Humaizi Halim, merangkap Ketua Pemuda PAS Gombak yang juga KP PAS Selangor, ini merupakan misi kami yang ke-4 selepas kali pertama pada 26-28 Disember lalu di Gua Musang, Kuala Krai dan Temerloh.

IMG-20150102-WA0013

Gambar : Taklimat sebelum memulakan perjalanan

 

IMG-20150112-WA0063

Gambar : Deretan kenderaan Konvoi bagi misi banjir kali ini

Kali ini sasaran misi kami ialah di Kuala Krai utk Ops Cuci.

Perjalanan dari ibu kota mengambil masa kira-kira 6 jam sebelum tiba di RnR Gua Musang.

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar, ditemani dengan konvoi-konvoi pasukan lain sepanjang perjalanan.

RnR Gua Musang dipenuhi para sukarelawan dari seluruh pelosok tanah air daripada pelbagai NGO dan orang perseorangan yang turun hujung minggu ke Kelantan.

Memang rakyat Malaysia pemurah orangnya. Tandas dan surau memang penuh sehingga terpaksa beratur panjang sebelum sampai giliran kita.

Solat subuh di surau RnR pula terpaksa dilakukan sehingga 3, 4 kali berjemaah.

 

Ada seorang sahabat berjenaka “Yahudi akan terkejut besar kalau mereka nampak umat Islam solat subuh macam solat Jumaat”.

Yang lain hanya tersenyum kelat.

 

Selepas selesai solat subuh dan  sarapan, dari Gua Musang, kami bergerak ke Kuala Krai utk melapor diri di Bilik Operasi Bencana Kuala Krai.

IMG-20150110-WA0003

Gambar : Ust Syarhan sedang berbincang dengan Sdr. Nazman Ketua Pemuda PAS Kuala Krai.

Perjalanan selepas subuh menyaksikan kesan-kesan bencana banjir di Gua Musang dan sepanjang jalan Gua Musang – Kuala Krai.

Bagi yang pertama kali menyaksikan situasi ini secara lansung, menginsafkan kami sambil membayangkan nasib mangsa-mangsa banjir yang hilang tempat berteduh.

IMG-20150112-WA0057

Gambar : Salah sebuah rumah yang rosak akibat dari banjir yang melanda.

Hampir dua jam perjalanan dari Gua Musang, kami tiba di Kuala Krai kira-kira jam 10 utk melapor diri di Bilik Gerakan Operasi Banjir Kuala Krai.

Selepas itu, kira-kira jam 11 pagi kami bergerak ke jeti Kuala Krai dan kami dipecahkan kepada 2 kumpulan;

+ Kumpulan pertama, kira-kita 2/3 kami akan bergerak ke Kampung Bahagia.

+ Kumpulan kedua pula bergerak ke Kg Guchil.

Catatan Kumpulan Pertama

Pergerakan kumpulan pertama ke Kg Bahagia menggunakan pengangkutan air kerana kampung tersebut terletak di seberang Sungai Kelantan dari jeti Kuala Krai.

Di jeti, jumlah penumpang yang menunggu sungguh ramai dan selepas 2 jam barulah sampai giliran kami untuk menaiki bot.

IMG-20150112-WA0046

Gambar : Menunggu giliran untuk menaiki bot.

Perjalanan merentasi Sungai Kelantan ke Kg Bahagia mengambil masa hampir 1 jam.

Menyusuri Sg Kelantan sungguh menginsafkan kami apabil menyaksikan segelintir kecil rakyat yang tinggal di rumah rakit di pinggiran Sg Kelantan.

IMG-20150111-WA0024

Gambar : Romobongan Amal Gombak sedang dalam perjalanan ke Kampung Bahagia.

Rumah-rumah rakit ini dibina menggunakan kayu dan buluh dihuni oleh keluarga-keluarga di sini.

Ia terapung-apung berdekatan jeti dan wujud beberapa buah di sepanjang Sg Kelantan.

Di waktu banjir besar tempoh hari, rumah-rumah ini terselamat kerana senibinanya memungkinkan ia terapung mengikut aras air banjir.

SubhanAllah, itulah hikmah keluarga-keluarga yang tinggal di rumah rakit ini.

Misi ini sungguh mencabar apabila terpaksa memikul 60 buah tong gas dari lori ke jeti, untuk dinaikkan ke bot menyeberangi Sungai Kelantan sebelum tiba di Kg Bahagia. Kemudian di jeti Kg Bahagia sekali lagi ia perlu dipikul utk dibawa dari bot ke darat.

IMG-20150111-WA0023

Gambar : Proses pemindahan tong gas ke dalam bot untuk dibawa ke seberang.

Berta mata memandang berat lagi bahu memikul tong gas!

Tiba di jeti Kg Bahagia selepas kira-kira 45 minit menyusuri Sg Kelantan dari jeti Kuala Krai disambut oleh beberapa penduduk kampung yang menantikan bantuan dari luar.

Pergerakan dari Jeti Tangga Krai ke Jeti Kg Bahagia menggunakan 4 buah bot utk membawa kira-kira 50 sukarelawan AMAL Gombak kumpulan pertama dan barang-barang bantuan serta peralatan cuci.

Di sini kami bergerak ke masjid Kg Bahagia, yg terselamat dari banjir kerana kedudukannya yang tinggi.

IMG-20150114-WA0019

Gambar : Keadaan masjid Kampung Bahagia semasa ditenggelami air banjir.

Eletrik dan talian telefon terputus di sini selepas banjir baru-baru ini apabila kabel eletrik yang merentasi Sg Kelantan dari pekan Kuala Kerai ke sini terputus.

Pemandangan di sini umpama pasca-perang dan mengimbau pengalaman kami di Kemboja dalam misi Korban Kemboja tahun lalu.

Rumah-rumah kayu “berselerak” akibat arus deras banjir mengalih dari kedudukan asal.

IMG-20150112-WA0149
Gambar : Rumah terapung didiami oleh penduduk kampung.

Sungguh dhaif dan menghibakan pemandangan sekitar kampung ini.

Lokasi kami seterusnya ialah Klinik Desa Kg Bahagia yang rosak teruk akibat banjir.

 

 

IMG-20150112-WA0131

 

Gambar : Ust Syarhan sedang mencuci lantai Klinik dari lumpur kesan banjir.

Sejak banjir baru-baru ini, ia tidak terurus. Dengan kekuatan 50 orang dalam masa 2 jam antara waktu asar dan maghrib, kami berjaya menyelesaikan misi cuci klinik ini.

Catatan Kumpulan Dua

Selepas berpecah dari ketumbukan awal AMAL Gombak, kami bergerak dengan 4 buah kenderaan ke Kg Guchil utk menjalankan misi cuci di salah sebuah rumah sahabat kami, Ust Termizi Md Din.

Masalah utama kami ialah bekalan air bersih kerana bekalan air masih belum disambung.

IMG-20150111-WA0003

Gambar : Kerja-kerja membersih rumah Ust Termizi

Maklumat dari Bilik Operasi Bencana juga, bekalan air bersih memang masalah utama sekarang. Yang mereka dapat bantu ialah sebuah tangki air.

Kami bergerak ke beberapa sungai berdekatan, tapi tidak berjaya dapatkan air bersih.

Bantuan Allah tiba, apabila kami berjumpa dengan pasukan sukarelawan yang lengkap dengan peralatan tangki rawatan air di sebuah sungai.

Air disedut dari sungai dan dimasukkan ke tangki air yang kami bawa dari Bilik Operasi Banjir.

Tanpa melengahkan masa kami mulakan operasi mencuci dan tamat kira-kira 2 jam.

Sebaik sahaja selesai kami bergerak ke Masjid Guchil utk solat jamak takhir zuhur dan asar berjemaah.

Sejurus selepas itu kami menghantar tangki air tadi ke Bilik Operasi Banjir dan menjamah sedikit makanan utk alas perut.

IMG-20150111-WA0004

Gambar : Berehat dan makan selepas penat melakukan kerja-kerja pembersihan.

Kemudian kami ke Jeti Kuala Krai utk bergerak menaiki bot utk bergabung dgn kumpulan satu kembali.

Kami tiba di jeti pada waktu yang semakin senja. Kami terserempak dengan sekumpulan sukarelawan TNB yang bersama mereka seorang lelaki Jerman dengan logo di bajunya “Rotary Club”.

Oh, rupa-rupanya TNB bekerjasama dgn Rotary Club utk menghantar bantuan ke tempat yg sama kami tuju, Kg Bahagia.

IMG-20150111-WA0014

Gambar : Sedang mengunggu giliran untuk menaiki bot.

Kami menaiki bot tatkala matahari di penghujung waktu. Hari semakin suram.

Beberapa bot bergerak seiring termasuk kumpulan sukarelawan TNB dan Rotary Club tadi.

Bot mula bergerak membelah malam menyelusuri Sg Kelantan. Hanya kedengaran bunyi enjin bot dan arus deras air sungai.

Pemandangan begitu suram, sesekali terlihat cahaya dari rumah-rumah rakit di  pinggir sungai dan rumah-rumah di tepian sungai.

Tiba-tiba enjin bot terhenti dan ia sungguh mengejutkan keseluruhan kami di atas bot. Rupa-rupanya kipas bot tercabut.

Suasana

kecoh sebentar.

“Aduh, ini bala Rotary Club tadi kot”, celah salah seorang dari kami dalam kekecohan yg berlaku.

Anak-anak kapal yang ada dibantu oleh beberapa bot lain yg turut mengiringi tadi datang membantu dan kira-kira 15 tersadai di tengah-tengah sungai, ia selesai juga.

Alhamdulillah..

Perjalanan di sambung dan kami tiba di jeti selepas satu jam perjalanana termasuk 15 minit tersadai tadi.

Dan kami bergabung dgn kumpulan pertama di Masjid Kg Bahagia.

Malam Pertama Di Masjid Kg Bahagia

Eletrik Masjid Kg Bahagia dikuasakan dgn generator sahaja. Jadi ia hanya bertahan beberapa jam utk menerangi kegelapan dari waktu maghrib hingga sebelum tidur.

 

Sebelum tidur, sebagaimana rutin usrah mingguan, kami membasahkan lidah dengan bacaan ma’thurat dan Asma-ul-Husna.

Kemudian sedikit taujihad diberikan oleh Ustaz Syarhan yang mengetuai delegasi kali ini. Sedikit perkongsian juga diberikan oleh Mejar (B) Wan Chek, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Gombak yg turut menyertai misi kali ini.

 

IMG-20150112-WA0128

Gambar : Sesi perkongsian oleh Mejar(B) Wan Chek.

Malam itu juga kami diserikan oleh Sdra Azhan Atan, bekas juara Akademi Nasyid TV9 yang ditugaskan oleh Jabatan AMAL Malaysia utk membantu AMAL Gombak di Kg Bahagia.

IMG-20150112-WA0129

 Gambar : Sesi perkongsian oleh Sdr. Azhan Atan, Juara Akademi Nasyid.

Beliau daripada AMAL Johor yang sudah berkampung sejak sebulan lalu di Kelantan sepanjang misi bantuan banjir AMAL Malaysia.

Kagum kami dengan semangat beliau yang sebenarnya OKU penglihatan yang setiap hari sepanjang musim bah ini berada di Kelantan bersama AMAL Malaysia. Kami menginsafi diri kami yang dilahirkan sempurna lengkap tubuh badan berbanding beliau yang penglihatannya kabur dan buta sebelah mata.

Kira-kira jam 11:00 malam enjin generator berhenti memberi signal utk kami tidur melepas lelah.

 Hari Kedua

Sesuai kuliah solat subuh, kami bersiap-siap bergerak utk misi seterusnya.

Hari kedua misi kami untuk Ops Cuci ialah di Asarama Sek Men Kg Bahagia.

IMG-20150112-WA0076

 

Gambar : Kerja-kerja mencuci dewan makan asrama sekolah

IMG-20150112-WA0069

 

Gambar : Kerja-kerja membersihkan lengkapan-lengkapan asrama

Misi selesai selepas 2 jam dan kami terpaksa memohon maaf kepada penduduk di sini kerana tidak dapat membantu lebih banyak lagi kerana masa yang terhad.

IMG-20150112-WA0083

Gambar : Selesai kerja-kerja membersih kawasan asrama sekolah.

IMG-20150112-WA0135

Gambar : Ust Syarhan menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk kewangan kepada Pengetua Sekolah.

Kira-kira jam 12, kami meninggalkan Kg Bahagia yang masih suram. Hanya doa sahaja yang dapat kami lakukan selepas itu keran terpaksa bergegas pulang ke ibu kota menjalankan tugasan hakiki kami.

IMG-20150112-WA0093

 

IMG-20150112-WA0115
Gambar : Perjalanan pergi dan pulang ke jeti dengan menggunakan pacuan 4 roda.

IMG-20150111-WA0025

 

Gambar : Menyeberangi jeti dengan penuh berhati-hati.

IMG-20150112-WA0117

IMG-20150113-WA0013

 

Gambar : Perjalanan pulang ke Jeti Kuala Krai mengambil masa 30minit berbanding pergi.

Moga Kuala Krai dan Kg Bahagia khususnya kembali pulih, sebegaiaman Hiroshima yang bangkit kembali selepas dibom

 

This entry was posted in Aktiviti. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *