Lebih 50 Pemuda Gombak Berkonvoi ke Kuala Besut

KUALA BESUT, 21 Julai – Lebih 50 orang pemuda PAS kawasan Gombak telah berkonvoi beramai-ramai ke Dun Kuala Besut bagi membantu jentera PAS dalam pilihanraya kecil di sana.

Majlis konvoi tersebut yang dirasmikan oleh YB Ustaz Hasbullah Ridzwan yang juga AND Gombak Setia pada malam Jumaat. Sebanyak 12 buah kenderaan telah turut serta.

Program yang dianjurkan itu sebagai menambahkan lagi kemeriahan pilihanraya kecil Dun Kuala Besut sebelum tarikh membuang undi iaitu 24 Julai ini.

Pelbagai program telah dirancang oleh Pemuda PAS Gombak, antaranya edaran kurma dan belon secara percuma di setiap Bazar Ramadhan sekitar Kg. Baharu dan edaran bubur lambuk secara percuma.

Pemuda PAS Gombak juga turut mendapat sumbangan dari ahli-ahli.

“Alhamdulillah, program ini turut mendapat sumbangan derma dari ahli-ahli yang ingin membantu secara kewangan bagi melancarkan lagi perjalanan setiap program di rancang di sini” kata Ustaz Syarhan Humaizi Halim, Ketua Pemuda PAS Gombak.

Ketika program edaran kurma dan belon percuma, Pemuda PAS Gombak sempat bergambar bersama Dato Seri Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia di Bazar Ramadhan Tok As di Kg. Baharu Kuala Besut ketika beliau turut turun berkempen bagi BN di bazaar tersebut.

Ini menggambarkan betapa perpaduan di Negara kita sangat erat walaupun berlainan ideology politik.

Ia juga diserikan lagi dengan kehadiran Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang sama-sama berkempen di bazaar tersebut.

P7201195

PRK Kuala Besut

P7201229 P7201271

P7201293

P7201351

0 Comments

Leave A Comment