Jemputan “Debat Politik : Agenda Gombak Setia”
Dato’ Said Anuar Said Ahmad,
Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak,
Merangkap calon BN DUN Gombak Setia N17,
Pejabat Umno Bahagian Gombak
9-1 Plaza Umno, Jalan Batu Caves
68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan
Jemputan “Debat Politik : Agenda Gombak Setia”
Assalamualaikum wbt,
Yang Berbahagia Dato’,
Kami dengan segala hormatnya mempersilakan Dato’ Said Anuar Said Ahmad, selaku calon BN DUN Gombak Setia ke program “Debat Politik : Agenda Gombak Setia”.
Dalam program ini, kedua-dua calon PRU 13 DUN Gombak Setia N17 akan diberikan pentas dan masa yang adil dan saksama untuk membentangkan agenda dan manifesto masing-masing sekaligus memperkenalkan calon-calon yang bertanding di DUN Gombak Setia.
Maklumat lanjut program adalah sebagaimana berikut:-
Nama Program : Debat Politik : Agenda Gombak Setia
Tarikh : 29 April 2013 (Isnin)
Masa : 9 malam
Lokasi : Dewan Beringin, Taman Sri Gombak
Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak Dato’ dapat bersama-sama menjayakan program debat ini demi masa depan masyarakat DUN Gombak Setia malah Selangor dan Malaysia khususnya. Di sini juga kami lampirkan cadangan format debat di Lampiran 1.
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan pegawai media kami, Sdra Ridhuan di talian 013-222 9803 atau boleh emailkan kepada kami dipemudagombak.com@gmail.com.
Sekian, wassalam.
Yang Benar,
———————————————
Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak
Lampiran 1
Atucara:
– Ucapan Pengerusi
– Pusingan Pertama: Setiap calon memperkenalkan diri masing-masing dan membentang agenda masing-masing (15 minit)
– Pusingan Ke-2: Masing-masing memberi maklumbalas terhadap manifesto lawan masing-masing.
– Pusingan Ke-3 : Sesi soal-jawab dari audien
– Pusingan ke-4: Penggulungan oleh setiap calon
– Bersurai
————————————————————————————————————————-
Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak,
Pusat Bandar Sri Gombak, 68 100, Gombak, Selangor
Tel/Faks : 03-6185 5545
Email : pemudagombak.com@gmail.com
Website : www.pemudagombak.com/v1
Facebook : https://www.facebook.com/PemudaGombak
Twitter : https://twitter.com/PemudaGombak
YouTube : http://www.youtube.com/user/dppgtv
3 Comments
JX PAS
24/04/2013
tahap pencacai
debat debat debat
5 tahun x cukup ke ? nak debat lagi..
dapt kuasa buat lah keje…
Jnana nini nunu
29/04/2013
Pendapat sy, tak salah nak debat 100 tahun pun…bukan nak tentukan siapa kuat siapa lemah..tp ni untuk bakal pengundi-pengundi di Gombak jugak.Baru la kami boleh tgk secara LIVE bakal pemimpin yang akan kami pilih ni..baru la fair..kat tv dah sah2 pro BN kan..
Jrakyat biasa
29/04/2013
ape bende ni?? surat pun tak bertarikh!! tak reti tulis surat ke?? atau, dah kelam kambut tulis surat last minute sampai terlupa nak tulis tarikh?? laporan polis dah dibuat.. jawab lah pada polis!!