Perbezaan pelajar PASTI dengan pelajar Tadika Kemas 1 Malaysia

Gambar ini diambil di Zoo Negara pada 8 Nov 2012 ketika rombongan lawatan PASTI kawasan Gombak ke sana. Apa yang menarik perhatian kami, perbezaan yang dapat dilihat antara pelajar PASTI (berbaju biru putih) dan juga pelajar Tadika Kemas 1 Malaysia (berbaju merah kuning). Bukan mahu menglibatkan isu politik, tetapi isunya pendidikan pra sekolah yang mana Malaysia patut tonjolkan.

Apa yang dapat diperhatikan di dalam gambar ini, PELAJAR  sekolah PASTI kesemua pelajarnya diasuh bertudung bagi beragama Islam dan juga berkopiah manakala apa yang anda dapat lihat pelajar Tadika Kemas, pelajarnya tidak diasuh dengan bertudung bagi pelajar perempuan dan dari kecil lagi diajar duduk bercampuran lelaki dan perempuan. Dan juga perbezaan antara guru-guru mereka.

Reaksi ini juga telah mendapat maklumbalas hangat di facebook kami dan juga mendapat like yang banyak.

Ini antara perbincangan yang hangat di FB Pemuda Gombak, (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152241787480594&set=a.10152241761690594.930595.265133725593&type=1&relevant_count=1), antaranya;

Sutan Nahu ..kedua2nya baik belaka…tetapi yg berbaju biru SIKIT LEBIH BAIK…ada semangat perpaduan antara yg berbaju biru…..persoalan…kenapa tak digalakkan percampuran antara yg biru dan merah/kuning?…. sekadar ingin bertanya….”

Buza Yasin tadika yg tepat dengan peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebung’ adalah PASTI…..”

Allblck Ketibat tapi makin ramai orang nak hantar pasti……!!! Tak gitu…kat kampung aku..tadika kemas jadi stor la nie….Mungkin buka kat kampung sebelah…kot..”

Nurul Dalila Mohd Idris i think that was not a reason, even sekolah campur pun murid yg Islam perlu di asuh dari kecil menutup aurat, bukan faktor bngsa yg dijadikan alasan”

Nurul Azlin Sokaraon anak takleh nk membaca tu salah mak bapak tak nak ajar anak kt umah…asyik harapkn cikgu je…jenuh la…ni la manusia…bila anak pandai.. ckp mak bpk susah payah didik langsung tlupa jasa guru2 yg mgajar…tp bila anak kurang pandai ckp sekolah n cikgu tak reti nk ajar tp lupa mak bapak sdri tak peduli anak tu buat tak homework yg cikgu kasi….”

Mohd Razali Ibrahim Semuga adik2 yg sekolah PASTI kekal dgn asuhan yg diberikan.. KEMAS pun okay sbenarnya.. Tp time aku blajar kat skolah kemas dulu.. Cg ‘tu’ kan suruh mak ayah aku pangkah BN.. Kuang2.. Masih terngiang2 lg.. Then, aku blik gtau mak ayah aku.. Mak ayah gelak sakan.. Cg tu pun dah tahu mak ayah penyokong tegar PAS.. Tp xambik pusing pun.. Wat dono je.. cg ‘tu’ pun masih mengajar kat KEMAS tu lg sampai skarng.. Tp dia tetap cg aku sampai bila2..”

Mustafa Kamal Mahsurom Anak guru didik. Mak & ayahnya siapa yg patut didik? Jawapan saya : ULAMAK.”

Taqiuddin Tabarani dlam soal pendidikan bukan cari salah siapa, soalnya mcm mne kita mendidik,.. sepatutnya Pasti dan KEMAS sentiasa timbal balik mana kelemahan dan kekuatan. JGN POLITIKKAN PENDIDIKAN. akhirnya, anak-anak jadi mangsa.. adakah kita mahu generasi kita akan dtg terbeza dari ideologi poliitik yg tak sihat?? saya juga AHLI PAS =)=)

 “Eyeda Gani anak saya pun sekolah PASTI…allhamdulilah seawal 5 thn dah pandai solat degan tertib yg betul dah faham ..”

Ardawieya Q’aizan kata-kata imam al-ghazali.. anak yg dididik drpd seorg wanita yang lemah lembut, sopan dan santun mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu.. jika baik gurunya maka baik la bentuk acuannya.. wallhualam..”

Yusri Razi klu dah tau kelemahan sistem pendidikan itu, maka perbaikilah..sapa yg bertanggungjawab? menteri pendidikan..macammana nak suruh menteri pendidikan ubah?? PRU 13 kasi tukar kerajaan..”

Mohd Azril Mat Soom alhamdulillah,anak saya br berumur 5 tahun dihantar ke tadika PASTI dah hafal 8 hadis dan maksudnya sekali..dah masuk iqra’3…”

Apapun reaksi rakan-rakan FB Pemuda Gombak, ia terpulang kepada penilaian yang terbaik untuk memberikan didikan yang terbaik kepada anak-anak anda. Anak-anak adalah aset yang paling penting untuk masa depan negara dan ia bermula dari anak-anak masih kecil lagi. Dan didikan yang terbaik adalah mendidik dengan mengenal agama.

0 Comments

Leave A Comment