MB : OPS TAMPAL JALAN BAIKI
KENYATAAN AKHBAR
7 FEBRUARI 2013
OPS TAMPAL JALAN BAIKI 293,925.53 METER PERSEGI JALAN ROSAK SEPANJANG JANUARI 2013
Ops Tampal Jalan yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk membaiki jalan dan menampal jalan-jalan berlubang di seluruh Selangor termasuk jalan persekutuan telah berjaya menampal sejumlah 293,925.53 meter persegi sepanjang Januari 2013.
Daripada jumlah ini, jalan dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) paling banyak ditampal dengan sejumlah 51,476 meter persegi atau 18 %, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejumlah 45,365.93 meter persegi atau 15 peratus manakala Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan 28,152.40 meter persegi atau bersamaan 10 %.
Pihak berkuasa lain, Majlis Bandaraya Shah Alam (24,064 meter persegi), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (24,389.20 meter persegi), Majlis Perbandaran Subang Jaya (27,530.61 meter persegi), Majlis Perbandaran Sepang (4,643 meter persegi), Majlis Perbandaran Selayang (25,441 meter persegi), Majlis Daerah Kuala Langat (6,627.44 meter persegi), Majlis Daerah Kuala Selangor (20,515.95 meter persegi) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (17,439.34 meter persegi).
Bagi bulan Februari, sejumlah 100,710.16 meter persegi jalan berlubang telah ditampal setakat 5 Februari lalu yang mana 20 peratus daripada jumlah ini melibatkan jalan-jalan dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor.
Rakyat Selangor digalakkan membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2824, dan juga menghubungi talian-talian yang disediakan PBT kawasan masing-masing.
Setiap aduan ini akan diambil tindakan segera dan setiap aduan akan direkodkan untuk kita mengambil tindakan susulan.
Kita berharap rakyat mengambil peluang ini untuk bersama-sama membantu kerajaan negeri meningkatkan mutu kemudahan awam demi keselesaan bersama.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
0 Comments