Kenyataan Media Pemuda Selangor – Gula : BN Untung Rakyat Sengsara

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR – ISU KENAIKAN GULA

KENAIKAN HARGA GULA, BN UNTUNG RAKYAT SENGSARA

Dewan Pemuda PAS Selangor melihat kenaikan harga gula selepas kenaikan harga minyak di pasaran sebanyak 20 sen sebagai satu lagi kegagalan besar BN mengurus tadbir negara. BN cuba menutup kegagalan mereka membendung kenaikan harga gula dengan mengalih dan mencipta isu lain seperti video seks dan kristian. Justeru Dewan Pemuda PAS Selangor untuk sepakat menolak BN dalam PRU ke 13 kerana terbukti walaupun dengan kuasa di hujung tanduk BN tetap membelakangkan kepentingan rakyat. Slogan hanya tinggal slogan tetapi tauke dan kroni tetap diutamakan. Alasan untuk mengurangkan subsidi kerajaan dan digunakan untuk pembangunan lain hanyalah menyerlahkan sikap berlepas tangan dan mungkin BN sudah tak cukup duit maka rakyat dipaksa menanggungnya. Dewan Pemuda PAS Selangor juga menuntut supaya menteri berkenaan meletak jawatan.

HASBULLAH MOHD RIDZWAN
Ketua Dewan Pemuda
PAS Selangor

2 Comments
  • alitopan
    Jalitopan

    13/05/2011

    aku bersyukur kerana kenaikan harga gula ini dapat mengurangkan pengambilan gula seharian aku dan keluarga ku…

    disamping itu bersyukur pada Allah yg masih memberikan nikmat kemanisan gula kepada ku.kerana semasa bapa aku bergaji RM 300 sebulan gula pula haanya 25 sen sekati…..
    Bersyukurlah kamu kepada allah nescaya akan di tambahkan rahmat dan rezeki….

    aku syukur walaupun harga gula dah naik tapi masih murah berbandign negera negara jiran..
    kah kah kah !!!

    Reply
  • cicak
    Jcicak

    11/07/2011

    Memang ko patut bersyukur ape yang ko cakap tu semua betul.. tapi tuk penyetahuan ko, orang nak menceritakan kegagalan umno dalam menangani masalah gula nih… bukan nak bagi tahu gula naik… harap ko perlu belajar lebih dalam kehidupan ko agar negara yang ko duduk nih x diporakperandakan oleh orang yang bodoh atau akan dijajah oleh mereka yang sedikit pandai diatas kebodohan orang yang bodoh…

    Reply

Leave A Comment