LATAR BELAKANG

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam

SRITI merupakan kesinambungan pendidikan PASTI bagi peringkat sekolah rendah. SRITI menawarkan sukatan pelajaran khusus yang diberi nama KAFFAH iaitu Kurikulum Asas Fardhu Ain & Fardhu Kifayah. Selain KAFFAH, SRITI juga menggunakan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)

SRITI ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2016 bermula dengan 11 buah sekolah. Sehingga tahun 2022, sebanyak 151 buah SRITI telah ditubuhkan bagi memenuh permintaan masyarakat sekaligus meluaskan medan dakwah dalam pendidikan islam.