Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak mengucapkan tahniah kepada semua kontinjen SRITI Selangor termasuklah kontinjen dari SRITI Gombak yang mewakili MAIS Peringkat Kebangsaan 2022/2023 dan menjadi JUARA KESELURUHAN bersaing dengan SRITI dari negeri-negeri lain
Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua guru dan pengiring serta pembimbing yang bersungguh-sungguh memberi latihan dan komited masa dan tenaga bagi memberi kemenangan kepada SRITI Selangor.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak akan terus komited memberikan perhatian terbaik kepada pelajar SRITI Gombak bagi pembangunan pendidikan agar terus cemerlang dan berjaya melahirkan generasi yang Soleh dan Pintar serta Rabbani dan Murabbi.
Tulus Ikhlas Daripada:
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN GOMBAK
No responses yet