Suatu laporan polis akan dilakukan pada hari esok Rabu 21 Disember 2022 bertempat di IPD Gombak, Selayang.
Laporan ini berkenaan tentang isu penggunaan jata negara sewenang wenang nya atas kepentingan politik murahan pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ini pada hemat kami amat menyalahi akan Akta 414 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Gombak akan hadir dan menyeru agar seluruh ketumbukan Pemuda PAS Gombak hadir ke IPD Gombak solidariti bersama pada esok Rabu 12.30pm.
Kita selaku rakyat Malaysia yang kasihkan institusi raja berpelembagaan dan menjunjung tinggi demokrasi berparlimen menolak percobaan permainan sentimen melibatkan institusi raja didalam agenda politik sempit pihak tidak bertanggungjawab.
Kehadiran pihak media bersama sama amat dihargai. Kita cakna dan peduli akan isu yang amat penting sekali kepada keluhuran institusi raja berpelembagaan.
Mohamad Suffi Kamari
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Gombak
No responses yet