Gempar | Pemuda Gombak Kemalangan

15 November 2010, Tanjung Malim – Satu kemalangan telah berlaku yang melibatkan sebuah kereta yang dinaiki oleh petugas-petugas Pemuda PAS Gombak di dalam konvoi Misi AMAL Bantuan Banjir di Kedah, kira-kira jam 3 pagi tadi di Tanjung Malim, Lebuhraya PLUS.

Meraka yang terlibat di dalam perjalanan pulang daripada Kedah selepas sehari suntuk bertugas untuk membersihkan kesan-kesan banjir di Kedah.

Sahabat-sahabat Pemuda PAS Gombak yang terlibat ialah; Sdra Muhammad Fadzli Abu Bakar, Sdra Mohd Helmizan Abdul Karim, Sdra Fadhli Bin Ilias, dan Sdra Muhammad Iqbal Salehhuddin.

Kemalangan berlaku apabila kereta tersebut mengelak daripada sebuah kenderaan yang terlibat kemalangan lebih awal daripada itu.

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. Hanya kecederaan ringan dan Sdra Iqbal dikejarkan ke hospital berhampiran.

Moga Allah berikan yang terbaik untuk mereka, kerana perjalanan pergi balik mereka adalah jihad!

Gambar-gambar ini diambil daripada FB Ustaz Nasruddin Hassan, yang turut melalui jalan itu, pulang daripada misi yang sama.

0 Comments

Leave A Comment