Tangkapan untuk jatuhkan pemimpin Pakatan Rakyat: Ini penjelasan dari Dr. Badrulamin

Hari ini terpampang di muka besar di akhbar Utusan Malaysia,  “Cubaan hidupkan Al-Arqam”.

Sekali lalu ianya menggambarkan seolah-olah Dr. Badrulamin dari PKR telah bersama dalam satu majlis untuk menghidupkan semula Al-Arqam yang telah diharamkan oleh Kerajaan. Di petik dari kenyataan akhbar Utusan Malaysia,

“Lebih hebat lagi Utusan melaporkan bahawa Dr. Badrulamin adalah tetamu kehormat konsert itu, ini sebahagian laporannya.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.

Difahamkan, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad” ~Utusan

Adakah benar laporan dari akbar Utusan itu? Berikut adalah penjelasan dari Dr. Badrulamin sendiri.

“Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron yang turut ditahan dalam serbuan terhadap konsert didakwa cubaan menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam hari ini menegaskan hanya hadir sebagai tetamu jemputan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, dan bukannya Al-Arqam.

Dalam kenyataannya, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khusus.

“Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya … saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.

“Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun … ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan … ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam,” kata Badrulamin .

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini menyebut Badrulamin antara tetamu kehormat sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas ajaran sesat tersebut, Ashaari Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abuya.

Akhbar berkenaan turut menyebut serbuan yang dilakukan Jais kira-kira jam 10 malam di Bandar Country Homes, Rawang itu bertemakan “Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib” turut dihadiri kira-kira 3,500 orang.

Jurucakap Jais berkata,”konsert ini didapati melanggar arahan mufti di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan Al-Arqam.”

Badrulamin turut menafikan sebarang penglibatan dirinya dengan Al-Arqam dan Global Ikhwan, malah menafikan mempunyai sebarang jawatan dalam pertubuhan tersebut.

“Saya langsung tiada kaitan apa-apa dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan.

“Kehadiran saya tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik,” katanya lagi.

Al-Arqam telah diharamkan di negara ini pada 1994. Selepas kematian pengasasnya pada 2010, pengikut ajaran sesat ini pernah mengadakan konsert selama empat hari dan menggambarkan Abuya bukan meninggal dunia, sebaliknya hanya “ghaib” dan akan kembali dalam masa terdekat.” ~ The Malaysian Insider

Seperti biasa, akhbar Utusan Malaysia akan sentiasa menggembar-gemburkan isu yang tidak mempunyai hujah dan fakta yang tepat untuk menjadikan tajuk utama berita mereka. Sebagai orang beragama Islam, kita hendaklah menunjukkan sikap kitadengan berhati-hati terhadap berita yang belum tahu kebenarannya dan bersumber dari orang yang belum kita ketahui kejujurannya. Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

0 Comments

Leave A Comment