Politik Hujah vs Politik Lucah

644722_458614090889863_1270521880_n
Sebar-sebarkan politik HUJAH ini.
Kita tolak politik FITNAH dan LUCAH!
Pemuda PAS Gombak serius untuk menganjurkan debat ini yang menjemput saya dan Dato’ Said Anuar sebagai pendebat selaku calon-calon bagi DUN Gombak Setia N17 dalam PRU kali ini.Debat ini bukan untuk mencari siapa siapa kalah kerana pemenang sebenar akan ditentukan di kertas undi pada 5 Mei nanti.Debat ini juga bukan untuk mencari siapa benar siapa salah kerana kebenaran hanya daripada Allah dan Rasul-Nya.Debat ini bertujuan sebagai platform kepada calon-calon untuk membentangkan agenda dan manifesto masing-masing untuk rakyat Gombak Setia khususnya.Sebenarnya amalan debat ini menjadi amalan demokrasi di negara-negara maju dan ia menjadi platform untuk rakyat menilai pemimpin yang bakal mereka lantik

Malah al-Quran sendiri pun menganjurkan kepada para Nabi untuk menyeru dengan cara yang bijaksana dan berdebat dengan baik.

Ia termaktub di dalam surah An Nahl ayat 125, yang bermaksud “Serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka secara yang baik”.

Insya-Allah kita jumpa nanti.

UHR; Ustaz Hasbullah Ridzwan | Ustaz Harapan Rakyat | Unity. Hope. Reform

http://ustaz-hasbullah.blogspot.com/
https://twitter.com/ustazhasbullah

2 Comments
  • X PAS
    JX PAS

    30/04/2013

    DEBAT DEBAT DEBAT tu jelah yg kau tau…….

    hamPAS

    Reply
  • epoy
    Jepoy

    01/05/2013

    sebenarnya slogan yang patut diwar-warkan adalah…. SOKONG PEMIMPIN HUJAH…TOLAK PEMIMPIN LUCAH.. sebar2kan.. wallahu ‘alam.

    Reply

Leave A Comment