Piala Penggerak Belia Tempatan tarik anak muda tempatan

GOMBAK, 24 Mac – Bagi meraikan kejayaan 5 tahun Pakatan Rakyat di Gombak, kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPS Zon 11 & Pemuda Pakatan Rakyat Gombak telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Penggerak Belia Tempatan Pakatan Rakyat kelmarin.

Program yang berlangsung di Padang Taman Selaseh Fasa 2, Gombak itu telah menarik 30 pasukan untuk memenangi hadiah lumayan RM1000. Selain dari acara utama iaitu bola sepak 9 sebelah, pelbagai acara menarik lain turut diadakan dari pukul 8 pagi hingga pukul 7 petang. Antaranya, Bola Sepak 9 Sebelah Piala Penggerak Belia Tempatan (Acara Utama), service motor percuma dari Alternative Riding Club (ARC Gombak), konvoi basikal & pelbagi aktiviti basikal dari Alternative Cycling Club (ACC Gombak), outing photography dari Alternative Photography Club (APC Gombak), pertandingan PS 2, pemeriksaaan kesihatan percuma dari DPPG Medic Team, kuliah muslimat bersama Ust Zamri IKIM dan pertandingan susun puzzle untuk kanak-kanak.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YB Exco Pengerusi Tetap Adat Melayu, Belia & Sukan Kerajaan Negeri Selangor, Yb Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi. Antara tetamu yang telah memeriahkan program tersebut juga adalah Ust Saleh Huddin Nasir (Penyelaras DUN Gombak Setia), Ustaz Syarhan Humaizi (Ketua Pemuda PAS Gombak), YB Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak), YB Amiruddin Saari (Adun Batu Caves), Ustzh Khatifah Zamani Sulong (Ahli majlis) dan orang ramai.

Dalam pada itu, pasukan S_BROTHERS FC telah muncul sebagai juara Piala Penggerak Belia Tempatan Pakatan Rakyat pada kejohanan kali ini. Pasukan dari bangsa India itu telah membawa wang tunai sebanyak RM 1000, medal dan piala. Manakala pasukan K.S.K Gombak naib juara yang membawa wang tunai RM700 dan tempat ketiga pasukan GB SEVEN (A) dengan hadiah wang tunai RM 500.

Exco Selangor, Yb Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi berkata, penganjuran aktiviti bertujuan menarik minat golongan muda supaya lebih cenderung mengamalkan budaya gaya hidup yang sihat.

Menurutnya, kerajaan Negeri Selangor sentiasa menggalakkan golongan belia untuk sentiasa sihat dan mewujudkan masyarakat maju dan sejahtera melalui sukan sebagai platform melahirkan generasi professional baru yang dapat memberikan sumbangan besar kepada pembangunan Negara.

Beliau kemudiannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur yang telah berjaya mengumpul ramai belia-belia dalam pertandingan ini.

Untuk berita lanjut, layari www.pemudagombak.com

Johon Piala Penggerak Belia Tempatan 2013

Pasukan S_Brothers FC muncul sebagai juara Piala Penggerak Belia Temapatan PR Gombak.

P3246116

YB Dr. Ahmad Yunus bergambar dengan pasukan juara dan Naib juara Pila Penggerak Belia Tempatan.

20130324_093448

Ustaz Syarhan Humaizi Halim melepaskan kayuhan Le Tour De Gombak oleh ahli ACC.

20130324_092233

Ustaz Salehuddin Nasir membuat satu sepakan mula yang kencang sebagai simbolik kepada perasmian kejohanan.

P3246124

YB Exco dan Ketua Pemuda PAS Gombak menyaksikan perlawanan penentuan antara pasukan ketiga dan tempat keempat.

20130324_160530

Service motor percuma juga dianjurkan.

20130324_095336

Kayuhan oleh peserta ACC mengelilingi Gombak.

P3246010

Antara aktiviti menarik dari ACC iaitu pertunjukkan kayuh basikal diatas roller.

20130324_153738

Kemeriahan pertandingan PS2.

20130324_155411

Kuliah muslimat oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin.

20130324_120555

Aktiviti kanak-kanak.

P3246025

Aksi menarik dari salah seorang penjaga gol.

Untuk melihat gambar yang lebih banyak, layari FB kami di https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10152679126395594.1073741846.265133725593&type=3

0 Comments

Leave A Comment