Pemuda PAS Gombak Sertai Bantahan Di Wisma Putra

10383821_10203239227528435_3194831886315699513_o

Gambar : Bersama-sama wakil pihak Kementerian Luar Negara.

Putrajaya, 16 Disember – Pemuda PAS Gombak telah menghantar beberapa orang wakil untuk bersama-sama menyertai satu siri bantahan kepada Pihak Kementerian Luar Negara di atas penganjuran persembahan sempena Festival Kebudayaan Malaysia
oleh Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir. Siri bantahan itu diadakan pada jam 1.00 tengahari di Pejabat Kementerian Luar Negara, Wisma Putra, Putrajaya.

IMG-20141216-WA0030Gambar : Ir. Hj. Khiril memberi penerangan kepada wakil pihak kementerian.

Bantahan yang diketuai oleh Ir. Hj. Khiril Nizam selaku Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bersama Ust. Syarhan Humaizi selaku Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga mewakili Alumni Pelajar Universiti
itu dilakukan dengan menyerahkan satu memorendum bantahan yang bertujuan untuk menegur pihak Kementerian khususnya pihak kedutaan Malaysia di Mesir yang telah menganjurkan persembahan-persembahan yang tidak bersesuaian dengan kedudukan Malaysia sebuah Negara yang mengaku mengamalkan Islam. Turut serta  dalam siri bantahan ini ialah YB Ustaz Hasbullah Ridzwan, Timb. Ketua Pemuda PAS Selangor merangkap ADN Gombak Setia. Memorendum tersebut  hanya dapat disampaikan kepada wakil pihak Kementerian Luar Negara di luar pagar kementerian tanpa dibenarkan masuk ke dalam.

Ustaz Syarhan dalam kenyataannya selepas penyerahan memorendum tersebut menyatakan bahawa pihak Pemuda PAS bukannya menolak penganjuran Karnival itu secara total, akan tetapi pihak penganjur harus mengambil kira sensitiviti dan juga kesesuaian khususnya dalam mempersembahkan kebudayaan Malaysia supaya selari dengan ajaran Islam.

IMG-20141216-WA0036

This entry was posted in Pemuda. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *