Pemuda Gombak Sumbang RM 10,000 kepada PASTI Kelantan

Kota Bharu-27 Januari Pemuda PAS Gombak telah menyumbangkan RM 10,000 kepada PASTI Kelantan dalam Majlis Pelancaran Tabung Pemulihan PASTI & Perasmian Pusat Latihan Negeri Kelantan. Majlis yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Nik Muhammad Amar, Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan turut dihadiri ramai tetamu dari seluruh entiti Pemuda PAS & PASTI dari seluruh Malaysia termasuk Ustaz Mohd Khalil Abd Hadi yang mewakili Lajnah Tarbiyah Pemuda PAS Malaysia serta Ustaz Syarhan Humaizi, Ketua Pemuda PAS Selangor dan YB Ustaz Hasbullah Ridzwan,Pengarah PASTI Selangor yang mewakili Pemuda & PASTI Negeri Selangor.

AuwfZKx0W0Dbfm3U0DciRABsS2_TLY2H09XJHgPvM88h

Gambar : YB Datuk Nik Amar menyampaikan Ucaptama

AqnvDZX2K9gpB7Hio77iiKd1ik31ctqm5qMsDAHyOoPz

Gambar : Ustaz Syarhan diiringi Ustaz Hasbullah menyampaikan sumbangan

Jumlah yang disumbangkan adalah daripada 2 entiti besar Pemuda PAS Gombak iaitu RM 5,000 daripada Pemuda Gombak sendiri manakala RM 5,000 lagi adalah daripada PASTI Gombak. Penyerahan daripada Pemuda PAS Gombak diwakili oleh Ustaz Mohd Taufik Yusof yang merupakan Exco Pemuda PAS Gombak manakala PASTI Gombak oleh Saudara Mohd Azizul Abu Bakar yang merupakan Pengarah PASTI Gombak.

AlNzZ7hmfaXxib8r2uxWa2bDDHi9GpY2BEJRXnkMS86D

Gambar : Ustaz Taufik menyerahkan bantuan dari Pemuda PAS Gombak

AtXyFcGfFSK0SsrAFaGW-tPLwngBe-3bMO2jxmP0aC6L

Gambar : Azizul menyerahkan sumbangan PASTI Gombak

Majlis yang diadakan adalah untuk mengutip dana pemulihan dan pembangunan PASTI Kelantan yang telah musnah akibat banjir pada bulan Disember lepas. Sasaran kutipan adalah sebanyak RM 1.8 juta yang mana ianya adalah merupakan nilai jumlah kerosakan dan kemusnahan yang di alami akibat banjir lepas.

Setakat majlis tersebut, pihak PASTI berjaya mengumpulkan RM 400,000 dan akan dijadikan dana permulaan untuk memulihkan PASTI-PASTI yang rosak secara berperingkat dan sudah semestinya jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk memulihkan PASTI secara keseluruhan.

Kutipan sumbangan masih dibuka dan kepada yang berminat untuk menyumbang bolehlah terus salurkan sumbangan anda kepada PASTI Gombak dengan menghubungi  talian 013-353 3212.

This entry was posted in Pemuda. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *