Pemuda Gombak Rakam Lagu Cina

Screenshot_1

GOMBAK – Selepas kejayaan lagu “PAS Untuk Semua” dan “Semarak Hijau”, Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) melalui Lajnah Perpaduan Nasional DPPG mengorak langkah merakam kembali lagu berbahasa Cina yang bertajuk “Bulan Mewakili Hatiku” atau dalam bahasa Cina berjudul ‘Yue Liang Dai Biao Wo De Xin’.

Lagu yang pernah dipopularkan oleh Teresa Teng, dirakam oleh dinyanyikan semula oleh Ustaz Muhammad Ibramim atau dikenali juga sebagai Ustaz Mad Cina.

Menurut Sdra Ahmad Abdullah Sanek, yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPPG, lagu ini dirakam untuk mendekatkan orang berbangsa Tiong Hua dengan PAS sebagai Parti Islam yang ditakut-takutkan oleh pihak pemerintah.

Lagu ini dirakam dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Gombak yang dipengerusikan oleh Ustaz Mad Cina merangkap penyanyi semula lagu ini.

“Kita berbangga di Gombak kerana kita ada seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, malah dia seorang Ustaz yang dikenali dan berparti PAS boleh menyanyikan lagu Cina yang begitu popular dikalangan masyarakat Cina khususnya”

“Lagu ini juga begitu sinonim dengan Parti PAS kerana ia mempunyai makna “Bulan Mewakili Hatiku” yang begitu dengan dengan ahli-ahli PAS,” kata Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim, Ketua Pemuda PAS Gombak.

Lagu tersebut merupakan lagu ketiga yang dirakam oleh Pemuda PAS Gombak selepas lagu “PAS Untuk Semua” dan “Semarak Hijau”.

Kesemua video lagu-lagu Pemuda PAS Gombak ini dimuatkan di Youtube melalui saluran rasmi DPPG’tv di  www.youtube.com/user/dppgtv atau boleh terus ke http://pemudagombak.com/v1/pemuda-gombak-rakam-lagu-cina

Terdahulu, lagu-lagu ciptaan dan nyanyian DPPG “PAS Untuk Semua” dan “Semarak Hijau” mendapat sambutan hangat di Facebook dan Youtube malah tuerut diperdengarkan di program-program besar PAS seperti Muktamar Tahunan, Himpunan Hijau malah turut diperdengrkan di saluran radio alternatif Wau.FM.

Dijangkakan video klip lagu “Bulan Mewakili Hatiku” ini akan mengulangi kejayaan yang pernah dikecap oleh dua lagu terdahulu yang mendapat sambutan tontonan sehingga hampir 40 000 hits di youtube.

1 Comment
  • Pemuda Gombak rakam semula lagu Cina | BERITA

    […] Kesemua video lagu Pemuda PAS Gombak itu dimuatkan di Youtube melalui saluran rasmi DPPG’tv di  www.youtube.com/user/dppgtv atau boleh terus ke http://pemudagombak.com/v1/pemuda-gombak-rakam-lagu-cina. […]

Leave A Comment