Majlis Konvokesyen PASTI: Adik Nur Zulaikha terima Anugerah Al-Ghazali

ULU YAM, 5 Nov: Adik Nur Zulaikha Binti Mohd Zureehan telah dinobatkan sebagai penerima anugerah khas, Anugerah Al-Ghazali dalam satu majlis gilang-gemilang yang telah diadakan di Dewan Hutlista 2 Ulu Yam, Batu Caves bersempena Majlis Konvokesyen PASTI kawasan Gombak bagi tahun 2012.

Adik Nur Zulaikha bersama bapanya, Mohd Zureehan menerima sebuah basikal, piala dan wang tunai.

Dalam majlis tersebut, anugerah telah disampaikan oleh Ustaz Syarhan Humaizi Halim selaku Ketua Pemuda PAS Gombak (berjubah konvokesyen). Anugerah ini diberikan berdasarkan penilaian markah tertinggi untuk seluruh Pasti di kawasan Gombak berdasarkan kecemerlangan dalam akademik dan juga ko-kurikulum.

Dalam ucapan perasmian itu, beliau mengingatkan ibubapa supaya tidak mengabaikan subjek agama selepas anak-anak didik PASTI keluar dari PASTI.

” PASTI antara institusi pendidikan pra sekolah yang boleh kita banggakan di Malaysia, bermula seawal 4 tahun, PASTI telah mendidik anak-anak untuk mengenal Al-Quran, mengeja dan sebagainya.”

“Jadi, janganlah pula selepas anak-anak ini keluar dari PASTI, ibubapa mengabaikan pendidikan agama anak-anak kita” tegas Ustaz Syarhan Humaizi Halim.

Pada majlis tersebut, kira-kira hampir 1, 000 orang termasuk, ibubapa, pelajar PASTI dan guru-guru PASTI yang telah hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Majlis Konvokesyen PASTI merupakan program tahunan untuk meraikan pelajar 6 tahun yang bakal meninggalkan persekolahan pra sekolah rendah dan menghargai pelajar Pasti 5 tahun dan 6 tahun yang cemerlang dari sudut akademik dan juga Ko-kurikulum.

Antara reaksi kanak-kanak yang berjubah seperti menerima ijazah peringkat universiti.

Gelagat kanak-kanak Pasti yang telah membuat persembahan Kalam Jamaie atau Choral Speaking. Pasti Ilmi Permata adalah juara Kalam Jamaie bagi seluruh Pasti di Malaysia yang diadakan baru-baru ini.

Lagi gambar-gambar lain layari, https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10152233595440594.929500.265133725593&type=1

This entry was posted in Aktiviti, PASTI. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *