Lawatan PASTI Gombak di Zoo Negara meriah

ULU KLANG, 7 Nov: Seramai lebih 100 orang kanak-kanak dari Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) kawasan Gombak, antaranya PASTI Ilmi Permata dan PASTI Al-Badar telah menyertai rombongan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara Malaysia pagi tadi.

Lawatan yang bermula 9 pagi hingga 11.30 pagi itu diiringi oleh beberapa guru PASTIyang  diadakan selama 3 hari bermula hari Selasa yang lepas hingga hari Khamis dengan membawa pelajar dari PASTI yang berbeza. Lawatan ini adalah merupakan aktiviti tahunan bagi kanak-kanak PASTI sebelum menghabiskan sesi persekolah mereka pada akhir tahun ini.

“Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada dunia haiwan secara lebih dekat sambil belajar mengenai tabiat haiwan.” jelas salah seorang guru pengiring mereka, Pn. Ruhaiza Bt. Mohamed.

Banyak aksi spontan yang menarik dan melucukan dari kanak-kanak yang begitu teruja melihat aksi-aksi haiwan yang sebelum ini hanya dapat ditonton di kaca TV sahaja termasuk Singa jantan dan pelbagai spesis haiwan yang hanya boleh didapat di Zoo sahaja. Antara itu, kanak-kanak ini seronok melihat pertunjukkan haiwan termasuklah Singa Laut, burung Bangau, burung Kakak Tua dan macam-macam lagi.

Aksi-aksi kanak-kanak PASTI ini juga menarik perhatian beberapa petugas Zoo Negara dan pengunjung yang melawat Zoo Negara termasuklah pelawat asing dari luar negara yang mengambil gambar aksi-aksi lucu kanak-kanak PASTI dan bergambar bersama mereka.

“PASTICemerlang, Islam Gemilang”

Antara aksi si celik yang mencuit hati yang sempat di rakam.

COMEL.. lambaian kegembiraan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Menaiki kereta pelancong mengelilingi Zoo Negara.

Bergambar kenang-kenangan sebelum pulang di dataran pertunjukan.

Aksi yang sponton semasa melihat gelagat pertunjukkan haiwan.

BERANI.. salah seorang palajar PASTI yang berani ke hadapan.

Antara aksi pintar seekor Singa Laut.

 

Untuk melihat lebih banyak gambar, layari FB kami di https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10152239523040594.930320.265133725593&type=1

This entry was posted in Aktiviti, PASTI. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *