Konvokesyen PASTI Gombak 2014 di sambut meriah.
Gambar : Ucapan Perasmian oleh Ust. Muhammad Khalil Abd Hadi
Gombak, 15 November 2014- PASTI Gombak di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak telah sekali lagi menjayakan Majlis Konvokesyen PASTI Gombak 2014. Majlis Konvokesyen yang meraikan seramai 600 orang lebih para pelajar PASTI yang telah berjaya menamatkan tempoh pengajian di peringkat Pra-Sekolah. Majlis tersebut yang bertempat di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia.
Seawal jam 8.30pagi, para ibubapa dan penjaga telah memenuhi dewan untuk bersama-sama meraikan anak-anak mereka yang telah tamat pengajian mereka di PASTI. Majlis telah dimulakan dengan memperdengarkan bacaan hafazan dari surah Assyam dan Albalad dari pelajar PASTI kelas Pra Tahfiz dan seterusnya selingan beberapa buah persembahan antaranya Kalam Jama’ie, Nasyid dan Deklamasi Sajak masing-masing merupakan Johan bagi Hari Alam Ria PASTI Gombak tahun ini. Turut hadir sama dalam majlis tersebut Yang Di Pertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Saleh hudin Nasir yang sama-sama menyampaikan anugerah kepada para pelajar yang cemerlang.
0 Comments