ILMU, Fathul Bari Terus Berdalih Enggan Berdebat Dengan Pemuda PAS

ILMU, Fathul Bari Terus Berdalih Enggan Berdebat Dengan Pemuda PAS

Gombak , 3 Jun 2012 – Ulama Muda Umno (ILMU) melalui jurucakapnya, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang juga CEO ILMU menolak ajakan debat daripada Dewan Pemuda PAS Gombak.

Dalam laporan oleh portal berita Antarapos.com, Fathul Bari dipetik berkata topik perbahasan, “PAS vs Umno: Siapa Sesat” yang dipilih oleh Pemuda Pas Gombak harus dikaji semula supaya tidak meremehkan Islam.

Fathul Bari juga dilaporkan berkata ““Mereka (Pemuda PAS Gombak) bukan golongan pembuat dasar. Kita (mahu) bercakap dengan golongan pengeluar kenyataan-kenyataan dalam PAS seperti Hadi dan Nik Aziz.”.

Portal Antarapos.com turut menghubungi wakil Pemuda PAS Gombak untuk mendapat penjelasan tentang tajuk yang diberi.

“Sebenarnya tajuk ini bersesuaian dengan topik yang pernah diwacanakan oleh Umno dan Fathul bari sendiri iaitu “PAS – Parti Ajaran Sesat” , Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan dilaporkan berkata.

Ketika ditanya oleh wartawan sama ada pihak pengajur bersedia untuk menukar topic debat, beliau memaklumkan akan mempertimbangkan selepas menerima respon rasmi daripada ILMU.

Baca berita sebelum ini: http://pemudagombak.com/v1/?p=1349

2 Comments

Leave A Comment