“Group Pemuda-pemuda Gombak” semakin mendapat sambutan

New Picture (2)

[Group Pemuda-pemudi Gombak sehingga 4/2/2013 pukul 12.00 tengahari tadi]

Alhamdulillah group tertutup Pemuda Pemudi Gombak semakin mendapat sambutan dari anak muda tempatan yang tinggal di Gombak, berasa dari Gombak, bekerja atau mengundi dan belajar di Gombak.

Group ini telah dibina oleh orang Gombak sebagai perantaraan maklumat terutama orang-orang yang berada dalam Parlimen Gombak iaitu termasuk dalam DUN Gombak Setia, DUN Hulu Klang dan juga DUN Batu Caves. Group ini juga dapat memudahkan untuk berbincang dan merancangkan aktiviti dan program yang bersesuai dengan jiwa anak muda Gombak.

Kebanyakkan yang telah menyertai juga telah mendapat banyak manfaatnya, termasuk perkongsian program-program terkini dalam Daerah Gombak. Group ini juga dapat membincangkan pelbagai isu, termasuk isu politik, isu penduduk, isu ekonomi, hebahan program dan pelbagai lagi.

Jika saudara dan saudari berada di Gombak tetapi belum menyertai group tertutup ini, dijemput menyertai.

Jangan lupa war-warkan kepada rakan-rakan se-Gombak yang lain.

Untuk menyertai, sila klik di https://www.facebook.com/groups/289748157812261/?ref=notif&notif_t=group_r2j

Sekian, terima kasih.

0 Comments

Leave A Comment