GEMPAR! BN Gombak Mengganas – Siri 1

Gombak Utara, 4 Dis : Pecah berita dari Gombak bilamana sekumpulan pemuda yang memakai baju Barisan Nasional serta membawa bendera BN telah mencetuskan ketegangan di Jelajah Merdeka Rakyat atau JMR Gombak, apabila samseng BN mula bergaduh, membaling batu, tong sampah, buah kelapa dan sebaginya.

Salah seorang hadirin yang telah ditikam oleh samseng UMNO.
Ketua cawangan Air Panas, Gombak Setia, Ust Haidir terkena pasu bunga yang dibaling oleh BN dari arah atas udara.


Antara samseng yang sedang cuba membuat gangguan. Mereka ini dari UMNO yang dikepalai oleh Ketua Pemuda UMNO Gombak, Megat Dzulkarnian anak lelaki Omar Din
hasil dari risikan maklumat dan kajian, mereka datang dari jauh iaitu dari Johor dan Pahang
kerana umum tahu di Selangor anak muda sudah tidak lagi menyokong kerajaan Barisan 
Nasional keganasan bermula apabila sekumpulan lelaki samseng dari Barisan Nasional 
ini menyekat laluan untuk rakyat hadir dalam siri JMR ini.
Salah seorang hadirin yang hadir di siri jelajah JMR ini telah di rodok oleh senjata tajam dipercayai pisau oleh mereka hanya kerana mahu datang menyokong Pakatan Rakyat, 
dan kini dalam perjalanan ke hospital, beberapa orang lagi cedera di baling batu dan ditumbuk oleh kumpulan samseng BN.

 

pemuda Barisan Nasional ini adalah pemuda samseng yang mana polis juga tidak sekali akan berani menyentuh mereka kerana di ketahui umum bahawa Hishamuddin Hussien memang suka campurtangan dalam urusan polis lebih lebih lagi jika melibatkan anak buahnya dari Barisan Nasional, 

sesuai dengan kata kata bekas ketua polis negara Musa Hassan. saksikan beberapa gambar serta tindakan ganas mereka yang menyerang majlis rakyat yang di anjurkan oleh pakatan rakyat di gombak selangor. 

 

Kami akan dedahkan lebih banyak video dan gambar dalam siri Keganasan BN Gombak. Ikuti facebook kami. http://www.facebook.com/pemudagombak
This entry was posted in Berita Panas, Video. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>