‘Friday Futsal’ erat hubungan Belia Gombak

Futsal sudah menjadi satu sukan yang paling digemari oleh belia di seluruh Malaysia. Sebuah permainan yang sering dijalankan pada waktu malam pada hari kerja ataupun hujung minggu sudah menjadi sebagai suatu rutin bagi para peminatnya.

AgD_sTl6vNZR_XIy_eLlWsI5Ww9S5CNqCVldatjBf5lh

Gambar : Bergambar kenangan selepas selesai bermain futsal.

Dengan mengambil kira minat para belia ini, Pihak Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Gombak telah mengambil satu inisiatif dengan menganjurkan satu perlawanan berkala setiap minggu yang dinamakan sebagai ‘Friday Futsal’ khas untuk para belia di sekitar Gombak. Program yang dianjurkan pada setia hari Jumaat berlansung dari jam 10.00malam sehingga jam 12.00malam.

AponTwPNDJ6kEy8TlFwAxYDz7_E6ETkryOmw67rfydSq

Gambar : Bersama para pemain di Gelanggang Futsal Kg. Tengah.

Program ini sebenarnya telahpun dilancarkan sendiri oleh Ahli Dewan Negeri Gombak Setia YB Ustaz Hasbullah Ridzwan pada 1 Januari 2015 yang lepas. Dengan penyertaan seramai lebih 200 orang belia dari sekitar Gombak, program ini telah berjaya mengisi masa para belia yang terluang khususnya dan dapat mengelak daripada mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

10848988_10155159371690594_4186554962322831814_o

Gambar : Beriadah sambil mengerat silaturrahim.

Program ini akan terus berlangsung pada setiap minggu iaitu pada setiap hari Jumaat dan bertukar-tukar gelanggang futsal di seluruh kawasan Gombak. Pengerusi DACS Fadzli Abu Bakar dalam kenyataanya juga mengharapkan agar program ini dapat diteruskan dan suatu masa akan diadakan liga mingguan bagi merancakkan lagi perlawanan futsal ini. Besar harapan beliau agar para belia khususnya yang menyertai program ini dapat merapatkan hubungan sesama belia setempat.

Kepada mana-mana pasukan futsal belia yang berminat untuk sertai program boleh berhubung terus dengan penyelaras program di talian (0 17-699 4556).

0 Comments

Leave A Comment