Debat PAS vs UMNO: Siapa Sesat?

Program dengan tajuk "PAS -PARTI AJARAN SESAT" anjuran Umno dengan Ustaz Fathul Bari sebagai ahli panel.

Muqaddimah:
Sekian lama wujud persengketaan antara PAS-Umno dalam arena politik Melayu Islam di Malaysia. Tuduh-menuduh, kafir-mengkafir, sesat-menyesat antara Umno dengan PAS sudah bukan menjadi rahsia lagi.

Blog Fathul Bari, mendakwa PAS mengeluarkan fatwa songsang.

 

Terkini, timbul kembali isu lama “undi PAS masuk syurga”. Sebelum itu timbul isu “PAS – Parti Ajaran Sesat”, malah Umno melalui Ulama Muda Umno (ILMU) mengadakan beberapa siri penerangan atas tajuk ini – PAS – PArti Ajaran Sesat. Ini tidak masuk isu “Amanat Haji Hadi”, Memali dan lain-lain yang cuba diangkat kembali ole ILMU melalui Ustaz Fathul Bari.

Satu lagi kenyataan yang mengatakan PAS sesat oleh seorang ustaz ILMU; Fauzan Yahya

Atas keinsafan ini, Pemuda PAS Gombak menganjurkan satu wacana debat di antara PAS melalui Pemuda PAS Gombak serta Umno melalui Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU).

Objektif:

  1. Menyediakan platform kepada PAS yang diwakili Pemuda PAS Gombak dan Umno yang diwakili Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) untuk memberi penjelasan isu-isu berkaitan.
  2. Memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk memberi penjelasan terbuka kepada masyarakat tentnag isu “PAS – Parti Ajaran Sesat”
  3. Menjadi medan muzakarah terbuka bagi kedua-dua belah pihak.

Format:
Debat (Rujuk Lampiran 1)

Tajuk:
PAS vs UMNO ; Siapa Sesat?

Ahli Panel:
Wakil Sekretariat Ulama Muda Umno VS Wakil Pemuda PAS Gombak

Tarikh:
26 Jun 2012

Masa:
8.00 – 11.30 malam

Tentatif:
Rujuk Lampuiran 2

Lokasi:
Dewan Sri Siantan, Taman Sri Gombak

Sasaran:
Umum

Penutup :
Mudah-mudahan program ini mendapat manfaat daripda semua pihak demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan dirahmati tuhan.

Lampiran 1: Format

Program ini akan menggunakan format debat, setiap panel akan diberikan masa yang sama banyak dalam 5 pusingan, sebagaimana berikut.

Pusingan 1 : Setiap ahli panel memperkenalkan diri masing-masing dan memberi ulasan tajuk debat (15 minit setiap ahli panel)

Pusingan 2 : Ahli panel akan mengulas tajuk masing-masing (10 minit minit setiap ahli panel)

Pusingan 3 : Sama dengan Pusingan 2: Ahli panel akan mengulas tajuk masing-masing (10 minit minit setiap ahli panel)

Pusingan 4 : Sesi soal-jawab; para penonton akan diberikan ruang untuk bertanyakan soalan kepada ahli panel dan ahli panel akan menjawab soalan yang dikemukakan.

Pusingan 5 : Sesi penggulungan; setiap ahli panel memberi hujah terakhir dan menggulung tajuk debat (5 minit setiap ahli panel)

 

Lampiran 2 : Tentatif Program

8:00 malam : Ketibaan para penonton

8:30 malam : Ketibaan para VIP, dan ahli panel.

9:00 malam : Ahli panel dan pengerusi mengambil tempat

9:15 malam : Ucapan alu-aluan daripada pengerusi prgoram

9:30 malam : Sesi Debat

11:00 malam : Sesi debat tamat

11:30 malam : Sesi sidang media

This entry was posted in AGM DPPG, Berita Panas, Isu Semasa, Pemuda, Program, Promosi. Bookmark the permalink.

2 Responses to Debat PAS vs UMNO: Siapa Sesat?

  1. Pingback: Debat: Kenapa Fathul Bari Takut Tajuk? « PemudaGombak.com

  2. ustaz keje kera-jaan says:

    taknak lah debat….i takut akan terdedah ke-bahlulan i…

    i takuuuutttt tapi i cover…i takut debat mcm BAPAK presiden i….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>