Banjir Pantai Timur : Pemuda Gombak Hantar Bantuan

IMG_5097

 Gambar : Agihan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir.

Kota Bharu, 22 Januari – Seramai 12 orang wakil dari Dewan Pemuda PAS Gombak telah berjaya menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Kelantan yang berupa barangan keperluan harian seperti makanan, minuman, pampers dan lain-lain lagi. ROmbongan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur yang ketuai oleh Ustaz Syarhan Humaizi Halim yang merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak merangkap Ketua
Pemuda PAS Negeri Selangor telah menyerahkan bantuan kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan di Pusat Operasi Banjir Jabatan Amal Kelantan bertempat di Kota Bharu.

20141222_113923

Gambar : Persiapan membungkus barangan keperluan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Dalam misi pertama ini rombongan berkesempatan untuk merasai sendiri perasaan mangsa-mangsa yang terlibat bersama-sama meredah air banjir di kawasan Penambang di Daerah Pengkalan Chepa. Rombongan kali ini juga  telah bersama-sama dengan pihak Amal Kelantan yang mengetuai Operasi Banjir menyerahkan sebahagian bantuan
kepada mangsa-mangsa di tempat tersebut. DIjangkan lebih dari 100 keluarga yang terlibat dan kebanyakkan jalan utama yang menghubungkan penduduk tersebut dengan luar telah terputus akibat ditenggelami air.

IMG_5113

IMG_5129

 

Gambar : Melalui kawasan banjir menggunakan sampan untuk agihan barangan.

IMG_5137

 Gambar : Bersama-sama dengan sebahagian daripada penduduk kampung.

Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak kesempatan ini juga ingin merakamkan ribuan terima kasih ke atas pemberian sumbangan oleh orang ramai. Sumbangan masih dibuka sehingga selesai misi banjir pada kali ini.
Sehubungan dengan itu kepada mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan bolehlah salurkan kepada akaun maybank islamic Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak yang bernombor 562405504325. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubingi 013-353 3212(En. Zul).

This entry was posted in Pemuda. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *