AU2A Juara Futsal DUN Hulu Klang

HULU KLANG, 10 Mac – Pasukan AU2A berjaya muncul menjadi juara dalam ‘Mini Tournament Futsal DUN Hulu Klang’ yang bertempat di Pusat Sukan, Ampang Sport Planet hari ini.

Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) itu berjaya menarik hampir 50 belia sekitar Hulu Klang yang mewakili 5 pasukan masing-masing bagi berentap merebut juara futsal di Dun Hulu Klang.

Ketua Pemuda PAS kawasan Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Halim berkata, pihaknya sentiasa memberi galakan untuk belia-belia menyertai sukan yang berfaedah ini dan Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) setiap minggu turut bermain bersama belia tempatan bagi mengenali mereka dengan lebih dekat.

“Inilah salah satu cara mendekati golongan belia yang rata-ratanya meminati bidang kesukanan,” jelas Syarhan selepas merasmikan program.

Pengarah program, Ilham Bin Zainudin memberitahu, program yang bermula pada pukul 12 tengahari dan berakhir jam 4 petang ini dapat memberi peluang belia-belia sekitar Hulu Klang mengenali dan dapat mengeratkan ukhwah dengan belia-belia tempatan lain.

Antara pasukan lain yang turut menyertai pertandingan tersebut ialah pasukan TDK, Flat AU3, Kg. Warisan dan DPPG Team dan 2 orang pengadil jemputan dari FAM.

Seorang peserta yang ditemui, Mohd Nizam B Abd Manap, 31 tahun sangat bersetuju untuk program sebegini diteruskan dan berharap kerajaan Selangor kekal.

“Saya berharap supaya Pemuda Gombak dapat meneruskan lagi program seperti ini dan harapan saya supaya kekalkan kerajaan Selangor sekarang kerana banyak perubahan dan program-program menarik yang diadakan,” kata beliau yang juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Keramat.

Dalam pada itu, seorang peserta telah tercedera dan telah dikejarkan ke klinik berdekatan. Perasmian penutup dan pembahagian hadiah telah disempurnakan oleh Damanhuri Bin Dol selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak.

20130310_122407

Semua pasukan bergambar dengan Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Halim sebelum perlawanan bermula.

IMG-20130310-WA0026

Pasukan AU2A menjadi Juara Mini Tournament Futsal DUN Hulu Klang dan hadiah
telah disampaikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Gombak, Ust Damanhuri Dol.

——————————————

Untuk melihat gambar yang lebih banyak, layari FB kami,  https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10152636698525594.1073741834.265133725593&type=1

0 Comments

Leave A Comment